Asal Usul Dan Sejarah Pulau Pemanggil Di Johor

Pulau pemanggil merupakan salah satu pulau yang terdapat di dalam negeri Johor. Pulau ini juga terletak di daerah Mersing. Pulau ini sering menjadi tempat pengunjung tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Keindahan yang dimiliki oleh pulau ini mencerminkan nilai keindahan alam sekitar yang sebenar. Pulau yang dibentangi dengan kebiruan air laut dan ianya sudah pasti jauh daripada hiruk pikuk dan kesibukan kota menjadikan pulau ini pasti akan menjanjikan ketenangan yang paling maksimum kepada para penggunjungnya.

Bagi masyarakat setempat, pulau ini dikatakan mempunyai ceritanya yang tersendiri dan ianya sudah pasti berasal daripada beratus tahun yang dahulu. Menurut kepercayaan masyarakat setempat, Pulau Pemanggil ini dahulu merupakan sebuah pulau yang tidak langsung berpenghuni dan kemudian dikatakan didatangi oleh satu kumpulan keluarga kecil dan seterusnya menjadikan pulau ini sebagai tempat tinggal mereka.

pulau pemanggil

Pun begitu, kesahihan cerita ini tidaklah dapat dipastikan, kerana cerita ini diturunkan secara lisan antara satu generasi dengan generasi yang lain, maka ianya amat mustahil untuk memperoleh bukti yang sahih bagi cerita tersebut. Pulau ini dikatakan diasaskan oleh seorang ketua keluarga yang bernama Abdul Rahman bin Jumaat yang turut dikatakan berasal daripada Riau, Indonesia, dia juga merupakan salah seorang abang daripada lima orang adik beradik yang lain. Pada awalnya Abdul Rahman dikatakan ingin meninggalkan tanah airnya yang ketika itu dipimpin oleh pemerintah yang kejam.

Hasratnya itu telah disuarakan kepada kelima-lima adik beradiknya serta isteri dan anak-anaknya. Hasratnya itu pada mulanya disambut secara baik oleh kedua-dua pihak iaitu adik beradiknya dan isteri serta anak-anaknya. Pada asalnya, beliau sendiri tidak tahu kemana arah ingin beliau tuju, kemudian pada satu malam, beliau bermimpi akan seorang nenek tua yang kemudianya menyuruh beliau berlayar menuju kearah matahari terbenam bagi tujujan pemindahan beliau. Setelah terjaga, beliau telah memanggil keseluruhan keluarga dan adik-beradiknya.

pulau pemanggil

Setelah diceritakan akan mimpi yang mendatanginya, adik-beradiknya kemudian bersepakat tidak ingin mengikutinya, dan ketika itu hanya isteri serta anak-anaknya yang bersetuju untuk belayar bersama-sama dengannya. Setelah belayar selam dua bulan, beliau telah menjumpai pulau yang kecil seakan-akan berbentuk buah kelapa. Sesampai beliau dipulau tersebut, beliau telah berjumpa dengan seorang nenek tua yang diberi gelaran Tok Mok dan beliau merupakan kepala bagi pulau tersebut, iaitu Pulau Tioman.

pulau pemanggil

Nenek tersebut menyatakan bahawa pulau-pulau yang berhampiran juga sudah berpenghuni kerana, Abdul Rahman berhajat ingin mendiami pulau yang masih tiada penghuni lagi.setelah bermalam di pulau tersebut, beliau meneruskan kembali belayar mencari pulau yang tidak berpenghuni. Dalam perjalanan beliau mencari pulau tersebut, beliau telah melalui sebuah pulau kecil ketika beliau menghampiri pulau berkenaan, beliau seakan-akan mendengar bunyi gong yang memanggil beliau menghampiri pulau kecil itu dengan hati yang nekad beliau berlabuh ke pulau berkenaan dan mendapati pulau tersebut tidak berpenghuni.

pulau pemanggil

Pada malam tersebut, sekali lagi beliau bermimpi akan nenek yang sama, dalam mimpinya, nenek tersebut akan memberi izin untu beliau tinggal di situ tapi dengan dua syarat, syarat yang pertama, pulau tersebut tidak boleh didiami oleh bangsa asing dan syarat kedua, beliau diminta untuk melakukan upecara pemujaan kepada nenek tersebut. Secara ringkasnya, pulau tersebut diberi nama sebagai Pulau Pemanggil kerana pulau tersebut dikatakan mempnyai satu bunyi yang seakan-akan bunyi gong, dan sekiranya didengari oleh mereka yang dikehendaki, satu perasaan yang memanggil akan dirasai oleh individu berkenaan, dan seolah-olah pulau tersebut sedang memanggil mereka untuk berkunjung ke pulau berkenaan dan disebabkan itu pulau itu diberi nama Pulau Pemanggil.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.