Asal Usul Nama Kampung Serom Sungai Mati, Tangkak Johor

Kampung Serom mula dibuka pada awal tahu 1600. Nama Kampung Serom dipercayai diambil daripada gabungan perkataan “Seram” dan “Harum”. Datuk Penghulu Abdullah adalah orang yang pertama yang membuka kampung ini. Beliau dikataan berasal dari Pulau Jawa, Indonesia.

dssgft

Pada satu masa dahulu, Abdullah dan pengikutnya dikatakan telah tersesat di dalam sebuah hutan tebal yang dihuni oleh binatang-binatang buas. Setelah usaha untuk mencari jalan keluar tidak berhasil, Abdullah dan pengikutnya bersepakat untuk meneroka kawasan tersebut. Adbullah kemudiannya dilantik menjadi penghulu oleh pengikut-pengikutnya.

dssgft

Pengikut-pengikut Abdullah percaya bahawa kawasan mereka tersesat itu berhantu, disebabkan itulah mereka tidak menemui jalan keluar. Menurut kepercayaan orang terdahulu, hantu-hantu tersebut menjadi marah kerana tempat tinggal mereka telah dicerobohi.

Beberapa hari kemudiannya, pengikut-pengikut Abdullah telah terhidu sesautu yang harum di kawasan hutan berkenaan. Keadaan ini telah menimbulkan keresahan di kalangan mereka kerana berasa seram dan takut. Bau-bauan harum ini sering menganggu kehidupan mereka. Berdasarkan kejadian aneh ini, kumpulan pengikut Abdullah ingin menamakan kawasan tersebut dengan nama “Harum” sementara sebahagian yang lain ingin menamakan kawasan tersebut dengan nama “Seram”.

dssgft

Terjadilah persenketaan di antara mereka, namun masalah tersebut diselesaikan dengan mudah oleh Abdullah. Abdullah telah mencadangkan supaya menamakan kampung tersebut dengan nama “Serom” dengan mengabungkan perkataan “Seram” dan “Harum”. Mereka akhirnya bersetuju agar penempatan mereka dinamakan sebagai “Serom”.

Kawasan Serom yang pertama dibuka ialah kawasan Serom 3 yang juga dikenali sebagai Kampung Serom Panggung yang mana merupakan tempat asal Penghulu Abdullah dan orang-orangnya mula bertapak. Keturunan Penghulu Abdullah masih lagi tinggal di kawasan Serom sehingga kini.

dssgft

Kampung Serom bermula dari Serom 1 sehingga Serom 8. Ianya termasuk dalm DUN Serom di dalam parlimen Ledang. Sungai Mati merupakan pekan bagi kampung Serom. Rumah kelahiran bekas mentari besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman juga berada di Sungai Mati.

Kampung Serom telah mengalami perubahan pesat dari aspek pembangunan dengan pertubuhan rumah rumah kedai di sekitar nya. Sebuah pusat pengajian tinggi awam juga telah di bina di Serom untuk kemudahan penduduk di sekitar kampung Serom.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.