Asal Usul Senggarang Dari Seekor Buaya

Senggarang merupakan sebuah pekan di Batu Pahat, Johor, Malaysia pada koordinat 1° 45′ 0″ Utara, 103° 3′ 0″ Timur. Antara tempat berhampiran ialah Batu Pahat, Parit Raja , Seri Gading, Rengit, Parit Botak, Parit Kemang, Taman Senggarang, Kampung Sungai Mati, Kampung Teluk Buloh dan lain-lain. Penduduknya terdiri daripada orang Melayu dan Cina.

dssgft

Nama Senggarang dikatakan berasall daripada perkataan “Sang Garang”. “Sang Garang” ini merujuk kepada seekor buaya yang mendiami Sungai Senggarang. Pada zaman dahulu, terdapat beberapa ekor buaya yang mendiami sungai berkenaan dan memakan haiwan ternakan penduduk tempatan. Oleh sebab tersebut, maka penduduk tempatan menamakan kawasan ini sebagai Senggarang.

dssgft

Nama Senggarang sememangnya tidak asing lagi bagi penduduk sekitar daerah Batu Pahat ini, selain merupakan sebuah pekan, ia juga terkenal dengan jualan hasil pertaniannya serta lokasi industri kecil sederhana (IKS) berasaskan makanan ringan.

Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Ja’affar Hashim yang juga merupakan mantan Adun kawasan itu berkata, mengikut penduduk asal yang tinggal di kawasan itu, Senggarang ini dahulunya hanyalah sebuah perkampungan kecil. Kawasan ini mula diduduki sekitar tahun 1920 setelah Sungai Senggarang menjadi laluan utama penduduk tempatan yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan.

dssgft

Katanya, kepesatan tempat berkenaan bermula apabila beberapa pengakalan dibuka seperti di muara Sungai Senggarang, Kampung Parit Permatang, Parit Jongli, Parit Mahang, Parit Hamid dan Parit Bakong. Namun, kegembiraan penduduk tempatan yang membuka kawasan baharu ini sedikit terganggu apabila mereka sering diganggu oleh seekor buaya yang agak ganas dan hampir setiap hari haiwan berkenaan akan muncul.

Kawasan Sungai Senggarang ini sememangnya diakui menjadi lokasi kegemaran buaya, penduduk tempatan sering terjumpa sarang reptilia berkenaan yang turut menjadikannya tempat bertelur. Menurut Ja’affar, buaya yang sering mengganggu itu digelar sebagai ‘Sang Garang’, sesuai dengan sifatnya yang terlalu garang berbeza dengan buaya yang lain begitu juga saiznya yang lebih besar.

dssgft

Menurut beliau juga, penduduk tempatan percaya bahawa sebelum penempatan ini dibuka, tempat berkenaan didiami oleh orang bunian dan buaya berkenaan pula merupakan jelmaan agar penduduk tempatan tidak menganggu kawasan yang didiami oleh mereka. Walau bagaimanapun, kesahihan cerita tersebut tidak dapat dipastikan , tatapi kewujudan buaya ini memang ada yang suka mengganas menganggu penduduk dan ada yang mempercayai ianya adalah buaya tembaga.

Walaupun ada sesetengah masih percaya buaya berkenaan masih wujud, tetapi sehingga hari ini kelibatnya tidak lagi kelihatan dan bangkainya juga tidak ditemui sekiranya buaya berkenaan telah mati.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.