Bapa Ubah Pengakuan Tidak Bersalah Liwat Dua Anak

Seorang bapa yang sebelum ini mengaku bersalah di atas lima pertuduhan liwat dan seks luar tabii ke atas dua orang anak tiri lelakinya berusia tujuh dan 11 tahun telah menukar pengakuannya kepada tidak bersalah, di Mahkamah Sesyen di sini Johor Bahru.

Tertuduh yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai penjaga kolam udang mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan semula selepas semua pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

dssgft

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di beberapa lokasi di daerah Mersing antara April 2016 sehingga 12 Julai lalu. Bagi empat pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah meliwat mangsa yang juga merupakan anak tirinya yang berusia 11 tahun, sementara bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa telah melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa kedua, juga merupakan anak tirinya yang berusia tujuh tahun.

dssgft

Antaranya tertuduh, didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii tanpa kerelaan dan kebenaran mangsa yang berusia 11 tahun. Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap mangsa berlainan yang berusia 7 tahun. Mengikut pertuduhan, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 377 (C) dan 377 (C) (A) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 24 Julai lalu, tertuduh mengaku bersalah di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim sebelum mahkamah menetapkan 3 Ogos untuk pertuduhan semula dan menjatuhkan hukuman, namun tertuduh menukar pengakuannya. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin, manakala tertuduh diwakili oleh seorang peguam iaitu Mohd Fadzli Mohd Ramly.

dssgft

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perhubungan seks ke atas anak titi lelakinya yang mana berusia tujuh tahun di dalam sebuah rumah di tepi kolam udang di Mersing antar jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam iaitu pada April hingga 12 Julai lalu. Bagi dua lagi pertuduhan, dia didakwa telah melakukan kesalahan yang sama pada waktu dan tarikh yang sama terhadap anak tiri lelakinya yang berusia 11 tahun di dua lokasi berlainan iaitu di sebuah rumah di Endau dan di dalam kereta di kawasan pantai Mersing.

dssgft

Bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang membolehkan tertuduh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Tertuduh juga turut didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap anak lelaki tirinya yang berusia 11 tahun tanpa kerelaan mangsa di dalam kereta di berdekatan pantai Mersing antara jam 12.30 tengah malam hingga 1 pagi, pada tarikh yang sama. Bagi pertuduhan terakhir, tertuduh dituduh melakukan kesalahan terhadap mangsa yang sama di sebuah kilang di Mersing antara jam 8.30 malam hingga 9.30 malam juga pada tarikh yang sama.

dssgft

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh berhubung dengan mangsa selain perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali.

Hakim telah menetapkan 5 September ini untuk sebutan semula kes.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.