Orang Johor merupakan laman web rekod bebas dan terbuka. Ia adalah hasil usaha gabungan penglibatan individu dan kumpulan sukarelawan yang berusaha untuk membangunkan sumber pengetahuan rujukan orang ramai berkenaan Negeri Johor.

Anda boleh sentiasa berhubung dengan kami untuk:

  • Memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk.
  • Memberi idea, komen dan cadangan.
  • Pertanyaan dan lain-lain.

Contact Details

Pejabat Urusan
– tiada –

Email: [email protected]

Powered by

Bota Lab adalah syarikat persendirian tuan pengerusi yang banyak memberi sumbangan untuk menjalankan projek ini dari segi pembangunan laman web dan lain-lain urusan.

Send us a message!

Artikel Terkini

The Sate Cartel, Sejarah Sate Muar

Berkunjung ke bandar Muar, Johor boleh dikatakan tidak lengkap jika tidak merasai hidangan popular di sana, iaitu Sate Muar. Asap sate adalah antara aroma yang pertama sekali anda dapat hidu sekiranya anda berkunjung ke Muar pada awal pagi. Sate adalah makanan tradisi orang Jawa di Kepulauan Jawa pada kurun ke-19 di mana kedatangan saudagar Arab dan Gujerat yang membawa sekali perdagangan rempah ratus telah memangkinkan permintaan terhadap makanan berasaskan daging di sana. Keterbukaan dan galakan dari kerajaan negeri Johor untuk memajukan Muar telah membawa penghijrahan orang Jawa ke Muar, hal ini berlaku pada tahun 1880. Orang Jawa terbahagi kepada dua, pertama adalah penduduk asal iaitu orang-orang Jawa yang berkhidmat dengan Kesultanan Melayu Melaka yang kemudian bermastautin di Padang, berdekatan dengan Parit Jawa. Manakala, golongan yang kedua adalah golongan yang berhijrah dari tanah Jawa atas sebab-sebab kepadatan penduduk mahupun melarikan diri dari serangan Belanda pada ketika itu. Walaubagaimanapun, kebanyakkan mereka masi ada pertalian saudara. Menurut daftar penduduk Johor pada 1915, jumlah orang-orang Jawa di Muar adalah 10,000 orang berbanding keseluruhan orang Jawa di Johor yang berjumlah 15,000 orang. Malah penduduk Muar iaitu orang Melayu, Cina dan India adalah yang paling ramai di Negeri Johor yang mana berjumlah 63,368 orang dan Muar adalah wilayah paling pesat berkembang di anatara negeri-negeri lain di Tanah Melayu pada ketika itu. Menurut penulis buku 'Pages From My Past', Dato Kamaruddin Abdullah, pada era 40an, 50an dan 60an orang-orang Jawa yang menjalankan perniagaan sate dikenali sebagai'Italian Of Muar Town' yang bermaksud orang-orang Itali di Bandar Muar. Mereka digelar sedemikian kerana nama-nama mereka bernada Itali seperti Marion, Suarno, Mantono, Karto, Santini dan lain-lain manakala nama wanita pula seperti Sarbini, Martini, Kartini dan lain-lain. Mereka-mereka inilah yang menjalankan perniagaan sate dan menguasai seluruh bandar. Dari jalan Abdullah sehingga ke pusat bandar telah dikuasai oleh keluarga Santano. Jalan Daud dan Jalan Temenggong Ahmad pula dikuasai oleh keluarga Karto. Dari sisi Muar barat hingga hospital Muar dikuasai oleh Suarno. Mereka berniaga di dalam kawasan yang mereka duduki sahaj dan tidak masuk ke kawasan peniaga lain. Boleh dikatakan di setiap sudut bandar Muar, akan ada penjaja sate. Kebiasaanya banyak terdapat di depan kopitiam milik orang cina. Kopitiam ini menyediakan tempat khusus iaitu di sudut hadapan sekali kedai mereka untuk menarik pelanggan dan mereka pula akan menhidangkan roti bakar, air barli, kopi o dan air sirap yang diproses sendiri.