Datuk Bentara Luar Johor

Dato’ Muhammad Salleh bin Perang dengan gelarannya Dato’ Bentara Luar juga dikenali sebagai bapa pembangunan negeri Johor memegang jawatan penting dari tahun 1856 sehingga tahun 1912 dalam pentadbiran kerajaan Johor. Tugas utama beliau ialah merancang pembangunan negeri Johor.

Untuk pengetahuan pembaca setia orangjohor.com, beliau berjaya memulakan usaha bagi membangunkan dan membuka Batu Pahat yang dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat, dikenali juga sebagai Sungai Kundur. Merupakan penempatam kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenamaan dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Pada tahun 1893, barulah beliau berjaya memulakan usaha bagi menbangunkan Bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan. Pada November 1893, Sultan Abu Bakar telah bertitah kepada beliau untuk membuka Batu Pahat

dssgft

Dato’ Bentara Luar amat mementingkan tanggungjawab beliau dalam usaha memajukan Batu Pahat iaitu dengan menyediakan kemudahan jalan. Dan untuk makluman pembaca setia orangjohor.com, pada Januari 1894 Dato’ Muhammad Salleh bin Perang telah merasmikan pembukaan Bandar Batu Pahat dengan dihadiri oleh orang-orang kaya, penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan.

Batu Pahat mula berembang maju di mana Dato’ Muhammad Salleh bin Perang yang menjadi wakil sultan memerintah Batu Pahat, yang kemudiannya menjadi Pesuruhjaya Kerajaan. Orang- orang kampung digalak dan digesa membuka kebun untuk bercucuk tanam dan membuat tali air dalam masa yang sama pelabur-pelabur asing mula datang membuka kebun, ladang serta berniaga di Batu Pahat.

dssgft

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca setia orangjohor.com, Dato’ Bentara Luar amat disukai oleh Kaum Cina kerana kebolehan beliau bertutur dalam bahasa Cina dan menjadi faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi dan keharmonian di daerah ini. Di bawah pimpinan Dato’ Bentara Luar, pentadbiran di Batu Pahat berjalan telah dengan lancar.

Pentadbiran Dato’ Bentara Luar berakhir apabila Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat yang baru menggantikan Dato’ Bentara Luar. Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.

dssgft

Beliau telah kembali ke rahmahtullah pada hari Jumaat, 21 Julai 1915 (pukul 6.15 petang) bersamaan dengan 18 Syaaban 1333 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.