Galeri Darurat Bukit Kepong

Geleri Darurat Bukit Kepong ini telah dibuka kepada orang ramai bermula 24 Februari 2017 dan masuk adalah percuma. Galeri ini buka pada hari selasa hingga ahad dari jam 10 pagi sehingga jam 6 petang.

Galeri Darurat Bukit Kepong ini diharapkan akan menjadi sumber rujukan kepada masyarakat khususnya generasi akan datang mengenai keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis.

dssgft

Antara bahan-bahan sejarah yang dapat dilihat dan masih dipelihara dengan baik yang akan dapat dilihat oleh para pengunjung galeri ini adalah peninggalan peralatan-peralatan yang pernah digunakan oleh pihak komunis, profil wira-wira yang terkorban di dalam serangan tersebut dan terjemahan suasana tiga dimensi (diorama) sekitar tahun 1950an.

Hanya dengan melalui galeri inilah, PDRM dapat mengekalkan fakta yang telah berlaku suatu ketika dahulu agar ianya dapat dihayati oleh generasi muda kini serta yang akan datang sama ada di dalam pasukan polis sendiri mahupun masyarakat awam.

dssgft

Pembinaan Galeri Bukit Kepong dibina menerusi tiga fasa utama yang turut membabitkan kos RM11.5 juta. Konsep galeri ini adalah khusus untuk menghargai jasa dan pengorbanan seluruh anggota polis yang berjuang bermatian mempertahankan negara.

dssgft

Galeri ini turut menghimpunkan peristiwa perjuangan pasukan keselamatan ketika zaman darurat di seluruh negara. Galeri ini juga mengetengahkan konsep bersifat akademik bagi memudahkan pelawat mendapatkan maklumat mengenai sejarah perjuangan terutama era darurat.

dssgft

Antara koleksi yang dipamerkan ialah senjata, bilik lokap, berek penginapan anggota berkelamin dan bujang, dapur, artifak yang ditemui menerusi kaedah eskavasi, peralatan pasukan polis hutan dan polis simpanan persekutuan, bot polis marin dan dua unit kereta perisai polis.

dssgft

Galeri itu menempatkan sebanyak 815 unit artifak bersejarah terutama yang sering digunakan oleh pasukan keselamatan itu pada zaman darurat.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.