Gempar Kelibat Buaya Di Pantai Lido

JOHOR BAHRU – “Nasib baik kami jumpa ketika sedang kerja dan sudah mahu balik, kalau tak memang tak jadi kerja” kata seorang pekerja selenggaraan yang video rakamannya melihat seekor buaya di perairan Pantai Lido, di sini, menjadi tular semalam.

Muhammad Fitri Dawam, 24, berkata, kelibat buaya itu disedarinya kira-kira jam 6.10 petang kelmarin, ketika dia bersama tiga lagi rakan sekerjanya sedang melakukan kerja di sempadan perairan Johor berhampiran lokasi berkenaan.

“Waktu mula-mula kami datang tak nampak lagi, bila dah nak balik baru nampak buaya itu di kawasan satu tambakan pasir. Jaraknya kalau tak silap hanya 10 meter dari bot yang kami naiki.

“Memang besar buaya itu, lebih kurang panjang bot kami dalam 5 meter lebih. Terus lepas itu kami lakukan kerja atas bot sahaja takut nak turun ke laut.

lido

“Sebenarnya memang perlu kami turun ke air sebab kerja kami adalah memasang garisan kuning diperbuat dari gabus yang kegunaannya adalah untuk menghalang sebarang pasir masuk ke negara jiran. Biasanya dalam dua minggu sekali memang kami datang, tapi kali ini pertama kali saya melihat buaya itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Muhammad Fitri berkata, selepas melihat sendiri haiwan itu, baru dia mempercayai kewujudan reptilia ganas itu di kawasan berkenaan memandangkan sebelum ini hanya menganggapnya sebagai buah mulut orang sahaja.

“Memang takut juga selepas ini, jadi saya ambil keputusan kongsi video itu untuk memberi maklumat kepada masyarakat yang mungkin sering berada di sana.

“Mungkin selepas ini mereka boleh berhati-hati,” katanya.

Untuk rekod, video berdurasi dua minit 51 saat itu memaparkan buaya yang sedang berjemur perlahan-lahan masuk ke dalam air selepas didekati Muhammad Fitri dan rakannya menggunakan bot

Ia menjadi tular selepas dikongsi lebih 2,000 pengguna Facebook, semalam.

Sumber Sinar Harian Edisi Johor 12 Februari 2018

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.