Gunung Muntahak, Kota Tinggi, Johor

Gunung Muntahak yang terletak di Kota Tinggi, Johor mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki). Gunung ini mempunyai banyak flora yang mempunyai nilai perubatan. Air Terjun Kota Tinggi berpunca dari gunung ini, di mana Sungai Pelepah Kanan yang membentuk air terjun tersebut mengalir turun dari Gunung ini.

dssgft

Untuk ke gunung ini anda boleh melalui Jalan Kluang – Kota Tinggi. Selepas 1 km dari Petri Jaya, terdapat satu simpang jalan yang tidak berturap di sebelah kiri jalan besar. Jalan tersebut biasanya dilalui oleh lori-lori pasir dan lori pengangkut buah kelapa sawit. Untuk sampai ke gunung tersebut melalui jalan ini jaraknya kira-kira 7km. Dari tempat meletakkan kenderaan anda harus berjala kaki selama setengah jam meredah paya, bekas lombang lama, semak resam dan benteng pasir yang ditumbuhi pokok orkid buluh dan periuk kera. Apabila anda telah sampai ke kawasan sungai berjeram bermakna anda telah sampai ke kaki gunung.

dssgft

Ulu Sungai Tengkil yang mengalir turun dari Gunung Muntahak mewujudkan air terjun 10 tingkat. Terdapat trek di sebelah kiri air terjun. Trek tersebut akan membawa pendaki hingga ke tingkat ke-7 air terjun. Pemandangan air terjun di tingkat ini paling cantik sekali. Air terjun yang setinggi kira-kira 30 meter turun menegak melalui permukaan seakan dinding dengan kecuraman 90 darjah. Terdapat kolam semulajadi yang berair jernih dan sejuk di bawahnya, sesuai untuk mandi-manda.

Pendakian ke puncak Gunung Muntahak akan bermula dari tingkat ke-7 air terjun. Ikut sebelah kiri air terjun, trek agak curam dan penuh dengan resam. Trek akan menjadi semakin landai apabila pendaki sampai di ketinggian 1700 kaki. Pendaki perlu mendaki dua puncak permatang sebelum tiba di puncak sebenar.

dssgft

Puncak permatang yang pertama setinggi 1900 kaki, dari sini pendaki boleh melihat pemandangan di sebelah utara di satu kawasan lereng bukit yang telah runtuh. Puncak permatang yang ke-2 setinggi 2000 kaki. Dari sini ke puncak sebenar hanya kira-kira 15 minit sahaja, dimana pendaki akan menuruni lurah kemudian mendaki semula puncak yang tertinggi.

Dari starting point sampai ke kawasan permatang ada tanda-tanda yang dibuat oleh Jabatan Ukur, memudahkan trek dilalui, dalam 15-20 minit, ada waterpoint (mini waterfall) di kiri trek. Perjalanan diteruskan sampai ke persimpangan (simpang 3). ke kanan menuju ke kawasan hutan simpan dan lombong, ke kiri menuju ke puncak.

dssgft

Peringkat ke-2
Mula mendaki sedikit sampai ke level hutan sekunder yang agak usang dan nature. Perlu diingat, ini kawasan binatang terutama harimau, babi hutan, tapir dan kijang berdasarkan jejak dan najis yang ada. Uniknya trek ke puncak agak luas untuk 3 orang sekali berjalan bersaingan walaupun keadaan nampak nature dan tidak terusik. Tiada kesan pencemaran atau kerosakkan yang serius akibat kemasukkan manusia. Trek juga dihiasi dengan pokok resam, rotan kecil dan beberapa spesis flora berwarna-warni. pokok daun lebar, tanduk rusa, sarang burung dan orkid putih menyegarkan pemandangan.

Kawasan puncak yang lapang dan beresam
Peringkat ke-3
Selepas sejam 20 minit perjalanan, pendaki akan sampai ke kawasan permatang. Mula memasuki hutan pergunungan, kelihatan spesis buluh halus dan periuk kera di tepi trek dan sekali sekala pokok tumbang akibat tiupan ribut merentangi jalan..

Sumber Air Terakhir
Dari pintu masuk ke puncak, berjalan terus melepasi kawasan tapak khemah ke depan dan ambil laluan kanan sedikit menuju ke bawah. dalam 7-8 minit menurun, ada anak panah di sebatang pokok balak besar (di tengah trek) menunjukkan arah ke kanan. terus turun mengikut bunyi air dalam 5-6 minit ke bawah. dari trek, memang bunyi air tak jelas jadi perlu menurun mengikut petunjuk arah yang ada.

dssgft

Laluan Selatan / Pelepah Trail
Trek baru bermula dari tingkat pertama Air Terjun Sungai Pelepah Kiri (CP1). Trek bermula dari sebelah kanan Sungai Pelepah Kiri berhampiran tapak khemah, air terjun tingkat pertama terletak hanya 2-3 minit dari tapak khemah. Permulaan trek agak semak dengan pokok resam. Bearing adalah 350 darjah. Trek agak landai pada 100 meter pertama dan lama- kelamaan menjadi curam.

Pada ketinggian 500 kaki di atas paras laut (dpl) trek menjadi landai semula, disini pendaki akan melalui jalan balak lama sehingga sampai ke puncak bukit setinggi 750 kaki dpl(CP2). Puncak bukit agak lapang tapi penuh dengan resam. Dari sini pendaki akan melalui permatang bukit yang agak landai dan semakin curam hingga tiba puncak permatang setinggi 900 kaki dpl(CP3).

Trek kemudian mengikut arah Utara hingga tiba di puncak bukit setinggi 1150 kaki dpl(CP4). Dari sini pendaki perlu ikut arah Barat menuruni puncak bukit yang agak landai. Di sini pendaki dapat melihat Puncak Gunung Muntahak yang terletak di arah Utara. Pendaki perlu menuruni bukit mengikut arah Utara untuk menuju ke basecamp Sungai Pelepah Kanan (CP5)

Laluan ke basecamp ini paling mencabar sekali kerana kepadatan pokok yang tumpat, penuh dengan rotan hingga memaksa mengikuti anak sungai kecil. Bagaimanapun laluan mengikut sungai lebih jauh kerana keadaan sungai yang berliku-liku dan terdapat banyak pokok tumbang dan pokok rotan menghalang laluan.

dssgft

Dari basecamp ikut arah timur lebih kurang 50 meter, disini terdapat sebatang sungai kecil yang penuh dengan pokok pandan air bercantum dengan Sungai Pelepah Kanan. Pendaki perlu menyeberang sungai kecil ini dan naik ke atas tebing sungai. Trek ke puncak Gunung Muntahak bermula dari atas tebing tersebut menghala kearah Utara.

Laluan agak landai pada mulanya dan sederhana curam apabila ketinggian melebihi 750 kaki dpl. Trek masih mengikut arah Utara sepanjang laluan agak semak dengan anak pokok kayu, bertam dan rotan. Trek menjadi semakin curam apabila ketinggian mencecah 1250 kaki dpl. Terus mendaki mengikut bearing Utara sehingga sampai di atas permatang gunung pada ketinggian 1500 kaki.

Diatas permatang ini terdapat trek yang cukup terang dan luas. Dari sini untuk ke puncak gunung hanya memakan masa selama 30 minit sahaja. Ikut trek menghala arah Barat. Laluan pada mulanya agak landai dan semakin curam pada ketinggian 1750 kaki dpl. Apabila tiba di paras 2000 kaki (dpl) trek menjadi landai semula dan terus berjalan menghala arah Barat.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.