Johor Premium Outlets, Pusat Jualan Jenama Terkemuka Pertama Di Asia Tenggara

Johor Premium Outlets (atau JPO) merupakan pusat beli-belah yang utama di Iskandar Malaysia, Johor. Pusat membeli-belah ini terletak di Daerah Kulai. Johor Premium Outlets merupakan premium outlets yang pertama dibina di Asia Tenggara dan ianya dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011. Pusat membeli-belah ini menjadi tarikan kepada penduduk khususnya penduduk di kawasan daerah Kulaijaya, Johor Bahru dan negara jiran iaitu Singapura.

JPO 1
Disini terdapat pelbagai barangan yang berjenama dan bertaraf antarabangsa seperti Coach, Adidas, Nike, Armani, Salvator dan sebagainya dan boleh mendapat potongan harga sebanyak 25% hingga 70%. Pusat beli-belah ini juga dapat dilihat melalui Lebuhraya Utara-Selatan selepas Persimpangan Senai Utara. Johor Premium Outlets terletak secara strategik bagi kesenangan antara kedua-dua buah negara ini iaitu Malaysia dan Singapura dan juga boleh diberikan kesenangan sekiranya pelancong-pelancong yang melawat ke selatan tanah air.

Masa perjalanan dari Singapura adalah 30 minit melalui Lebuhraya Link Kedua. Penduduk Singapura juga boleh ke sana melalui Tambak Johor dan seterusnya melalui Lebuhraya Skim Penyuraian Timur Johor Bahru dan Lebuhraya Utara-Selatan yang mengambil masa selama 45 minit. Bagi sesiapa yang datang dari Kuala Lumpur akan memakan masa selama 3 hingga 4 jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

JPO 2

Pusat beli-belah Johor Premium Outlets juga dihubungkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai melalui Lebuhraya Link Kedua yang memakan masa selama 5 hingga 10 minit. Di bawah pelan induk Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor Premium Otlets akan dibangunkan taman tema air, pusat konvensyen Johor Premium Outlets dan 2000 bilik hotel yang mewah bertaraf 5 bintang.

Daerah Kulaijaya (dahulunya dalam daerah Johor Bahru) telah mendapat mercu tanda yang baru iaitu Johor Premium Outlets (JPO). Kulaijaya kini berada dipeta dunia apabila JPO membuka cawangannya kepada umum bermula 1 Disember 2011. Tempat membeli belah ini secara rasmi dirasmikan pada 11 Disember 2011 (Ahad) oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak.

JPO 4

Jika anda dari arah Johor Bahru, agak mudah untuk ke sini dengan melalui lebuh raya utara selatan (masuk ikut tol Skudai), keluar ke Second Link (Gelang Patah / Tuas) dan selepas plaza tol Second Link terus ambik sebelah kiri. Belok ke kiri menuju ke Senai / Indahpura. Ada papan tanda JPO dan anda akan membelok ke kiri. Bagi yang tak mahu guna jalan bertol, bolehlah gunakan jalan lama dari kudai ke Kulai.

Laman web JPO : http://www.premiumoutlets.com.my

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.