Keenakan Nasi Lemak Cik Chom Pembuka Selera Di Batu Pahat, Johor

Kepada penggemar-penggemar makan tradisional, terutamanya nasi lemak anda bolehlah berkunjung ke Batu Pahat Johor untuk menikmati keenakn Nasi Lemak Cik Chom yang pernah menjadi tular di media sosial. Apa yang menariknya, Nasi Lemak Cik Chom ini tidak seperti kebanyakkan nasi lemak yang kebiasaanya dimakan bersama ikan bilis atau ikan tongkol tetapi nasi lemak yang pernah viral ini, menampilkan kelainan dengan menyediakan lauk unik. Antara lauk yang disediakan ialah nasi lemak sotong king dan nasi lemak ikan siakap. Jom kita lihat keunikan nasi lemak disini.

dssgft

Di restoran Nasi Lemak Cik Chom ini dapat dilihat suasana orang ramai yang beratur panjang hingga ke luar kedai.
Restoren nasi lemak ini biasanya memulakan operasinya sekitar jam 5 petang namun, orang ramai sudah mula beratur seawal jam 4 petang untuk tidak melepaskan peluang menikmati keenakan nasi lemak berkenaan. Hebat betul penangan Nasi Lemak Cik Chom ini. Kalau tidak sedap tidak pula orang ramai sanggup menunggu dan beratur panjang hanya semata-mata ingin mendapatkan nasi lemak tersebut.

dssgft

Walaupun terpaksa beratur sekurang-kurangnya satu jam, tapi kebanyakkan dari pelanggan di sini tidak merungut atau mengeluh kerana rasa berbaloi dengan apa yang mereka tunggu. Yang menariknya, pelanggan di sini bukan saja terdiri dari orang melayu bahkan ramai juga bangsa lain yang turut beratur untuk mendapatkan Nasi Lemak istimewa ini.

dssgft

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri nasi lemak berhantu ini. Wang yang dikeluarkan untuk membeli nasi lemak ini akan berbaloi dan anda tidak akan menyesal. Terdapat beberapa menu istimewa yang menjadi pilihan antaranya Nasi Lemak Sotong King, Nasi Lemak Siakap, Nasi Lemak Ayam dan Nasi Lemak Burung Puyuh. Tapi diantara semua menu ini, yang paling banyak menerima order adalah Nasi Lemak Sotong King.

dssgft

Bagi yang ingin mengetahui menu utama di restoran nasi lemak ini, menu utamanya ialah Nasi Lemak Siakap yang berharga RM17.00, Nasi Lemak Sotong King berharga RM10.00, Nasi Lemak Ayam berharga RM7.00 dan ahkir sekali Nasi Lemak Burung Puyuh yang berharga RM8.00.

dssgft

Untuk makluman pembaca setia orangjohor.com, sambal Nasi Lemak Cik Chom tidaklah begitu pedas dan sesuai dimakan oleh semua orang. Selain itu juga, mereka mengantikan timun dengan epal hijau pada hidangan mereka. Mungkin sesuatu yang unik dan harus dicuba.

dssgft

Bagi yang ingin mencuba sendiri Nasi Lemak Cik Chom, ini adalah alamat mereka.

Nasi Lemak Cik Chom
No 16, Jalan Kencana 1A/1,
Taman Pura Kencana,
83300 Sri Gading,
Batu Pahat, Johor
Hari Operasi : Buka Setiap Hari (Tutup Isnin)
Waktu Operasi : 5pm – 10pm

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.