Kegemilangan Johore Grand Prix, Perlumbaan Grand Prix Pertama Di Malaysia

Grand Prix pertama dianjurkan oleh Almarhum Sultan Sir Ismail ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim pada 1940 yang ketika itu masih bergelar Tunku Mahkota Johor. Perlumbaan kereta dimulakan dalam tahun 1940 dan terakhir diadakan pada 1968. Perlumbaan motosikal pula pertama kali diadakan pada tahun 1910. Berdasarkan rekod, perlumbaan kereta ‘Grand Prix’ pernah diadakan pada bulan Februari 1960. Ia diadakan di litar Jalan Tai Heng, Gertak Merah dan Ayer Molek, Johor Bahru sejauh dua batu.

Perlumbaan terbabit adalah bertujuan untuk mengisi tabung persiapan perang dan 4 perlumbaan dilepaskan dalam acara yang berlangsung selama 2 hari. Penyertaan hanya terbuka kepada peserta yang dijemput sahaja. Jemputan terbabit dihantar ke semua daerah di Johor termasuk negeri Perak, Pulau Pinang, Melaka selain Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan Thailand

Perlumbaan tersebut membabitkan motosikal, kereta vintage, sports, saloon dan tourers. Grand Prix kedua pula hanya di anjurkan pada 1948 iaitu empat tahun selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Dalam perlumbaan kali ini, Kelab Permotoran Singapura yang baru ditubuhkan ketika itu telah menjadi penganjur kejohanan ini dan menerima sokongan dari Tunku Mahkota sendiri.

Grand Prix pada 1948 ini hanya berlangsung selama 1 hari dengan 4 perlumbaan dilepaskan; iaitu 2 untuk kategori motorsikal dan 2 untuk kategori kereta. 2 kategori motorsikal adalah untuk 350cc ke bawah dan satu lagi ialah 351cc keatas. Kedua-dua perlumbaan kategori motorsikal adalah sebanyak 5 pusingan.

Untuk Kategori Kereta pula ialah untuk kereta 1,500cc kebawah yang berlangsung sebanyak 5 pusingan. Manakala 1 lagi kategori Kereta ialah untuk kereta Formula One, 1,500cc supercas dan 4,500cc supercas dan berlangsung sebanyak 10 pusingan.

Sebanyak 88 penyertaan telah dicatatkan pada tahun 1950 dan 101 penyertaan pada tahun 1952. Jumlah penonton juga tidak kurang hebatnya ketika itu dengan anggaran 10,000 orang dan jumlah penonton terbesar pernah dicatatkan ialah pada 1952 dengan seramai 35,000 penonton menyaksikan perlumbaan secara langsung.

Jumlah jarak keseluruhan litar untuk satu pusingan ialah sejauh 3.7 kilometer. Ianya juga merupakan litar dikawasan sekitar bandar Johor Bahru dengan kombinasi laluan lurus dan selekoh perlahan. Perlumbaan dimulakan dihadapan Pejabat Pos Johor Bahru dengan melalui laluan lurus pesisir pantai Lido yang dikenali dengan nama Jalan Tai Heng ketika itu atau sekarang laluan berkenaan lebih dikenali sebagai Jalan Sultan Ibrahim.

Pelumba kemudian akan membelok ke kanan menuju ke Zoo Johor bersebelahan Masjid Abu Bakar serta melalui bukit di Jalan Gertak Merah dan meluncur menuruni bukit sebelum sekali lagi membelok ke kanan berhadapan Penjara Ayer Molek.

Para pelumba akan memecut disepanjang Jalan Ayer Molek yang menjadi tempat mula dan tamat perlumbaan berada di hadapan Pejabat Pos Johor Bahru. Harga tiket telah ditetapkan sebanyak 5 Dolar Negeri-Negeri Selat dan tiket boleh dibeli di Johor Bahru dan Singapura. Kebanyakkan perlumbaan ini hanya disertai oleh golongan elit dari Singapura dan Malaysia.

Kejohanan ini turut mencipta rekod dunia apabila pencatat masa elektronik digunakan buat pertama kali di dunia yang dikendalikan oleh Syarikat GEC untuk pertandingan tersebut. Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim (yang ketika itu sebagai Tunku Mahkota Johor) pada Johor Grand Prix 1940, menjuarai perlumbaan tersebut menewaskan 15 peserta lain dari seluruh Malaya.

Sumber Round Stone Blogspot dan FB Johor Southern Tigers

jgp 1 gp 1 gp 2 gp 3 gp 4

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.