Kiai Salleh Dan Pasukan Selempang Merah Batu Pahat, Pejuang Yang Tidak Didendang

“SEKIRANYA tiada Panglima Salleh, mungkin tidak ramai penduduk asal Batu Pahat dan Muar di Johor yang masih hidup ketika ini kerana mereka mungkin mati dibunuh komunis,” demikian ulas penulis yang juga pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar ketika mengenang kembali sejarah perjuangan Salleh Abdul Karim yang kini semakin dilupakan ramai pihak.

Jasa Panglima Salleh atau Kiai Salleh amat besar dan mungkin setaraf dengan perjuangan tokoh terdahulu seperti Tok Janggut dan Mat Kilau, tetapi seiring peredaran masa jasa pemimpin ini semakin dilupakan dan mungkin akan hilang dari catatan sejarah negara sautu hari nanti. Walaupun nama beliau tidak banyak tercatat dalam dokumen sejarah akan tetapi nama Panglima Salleh tetap kekal diingati dan disebarkan menerusi lisan oleh penduduk sekitar Batu Pahat dan Muar.

dssgft

Berbanding dengan nama pahlawan lain seperti Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Tok Gajah atau Leftenan Adnan, mungkin ramai tidak mengetahui dan mengenali siapakah Salleh Abdul Karim yang turut digelar Panglima Salleh yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara. Sumbangan yang ditabur oleh Panglima Salleh amatlah besar ketika Komunis menganas dengan menyerang dan membunuh penduduk tempatan terutamanya Batu Pahat dan Muar. Tokoh pejuang ini telah bangkit menentang untuk menpertahankan maruah bangsa.

Dilahirkan di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor.

Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar BantenBatu Pahat , Johor. yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di

Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau “Kiai Salleh” atau “Panglima Salleh Selempang Merah” merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II.

Kepimpinan Panglima Salleh terselah semasa kekalahan Tentera Jepun ditangan Tentera Berikat pada pertengahan Ogos 1945. Sebelum ketibaan pihak British, pihak Komunis yang dikenali sebagai Askar Bintang Tiga yang sebelum ini berjuang menentang Jepun dibawah Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA telah mengambil kesempatan untuk memerintah dan bertindak kejam dengan membunuh kejam mereka-mereka yang dianggap berkerjasama dengan Jepun. Lazimnya mereka yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman mati.

dssgft

Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Batu Pahat dengan berbekalkan senjata parang panjang di bawah pimpinan Panglima Salleh telah menyerang kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senangar, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Panglima Salleh ‘Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.

Pasukan Selempang Merah ini membantu membantutkan kekejaman komunis sehinggalah kehadiran kembali Tentera British ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Sewaktu kejadian 13 Mei, pasukan ini datang dari Johor untuk membantu orang melayu di Kuala Lumpur, bagaimanapun telah ditahan oleh pihak polis sebelum sempat membantu.

dssgft

Panglima Salleh berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu. Keberanian dan kegagahan Panglima Salleh telah diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima.

Sebagai mengenang jasa Panglima Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.