Kilang Bateri Johor Bharu

Mencari tempat lepak yang menarik Johor Bharu? Bekunjunglah ke Kilang Bateri yang terdapat di Johor Bharu ia pastinya tidak menbosankan kerana tempatnya yang sangat menarik. Tempat ini merupakan bekas tapak Kilang Bateri Eveready dan dari sini lah ia telah mendapat namanya.

kudakepangjohor

Bagi peminat fesyen dan makanan tempatan, berkunjung ke Kilang Bateri adalah pilihan yang tepat. Air Asia juga telah menyenaraikan Kilang Bateri sebagai tempat mesti pergi apabila melancong ke Johor Bharu. Salah satu faktor kenapa Kilang Bateri menjadi pilihan anak muda adalah kerana banyak jenama pakaian yang popular di instagram telah membuka butik pakaian mereka di kawasan ini. Jenama pakaian yang popular yang boleh didapati di Kilang Bateri seperti Costuro, Stickybox, SuperSunday dan sebagainya.

kudakepangjohor

Setelah penat membeli-belah, anda boleh menikmati hidangan dengan pelbagai pilihan makanan yang menyelerakan yang terdapat di sana. Bagi pengemar Wastern, di sini ada menyediakan sajian Grill dan BBQ. Di sini juga anda boleh menikmati minuman unik seperti Bandung Soda dan Teh Hijau Thai serta banyak lagi pilihan minuman yang lain.

kudakepangjohor

Bukan hanya tertumpu kepada fesyen dan makanan sahaja terdapat banyak lagi pilihan kedai-kedai yang menarik di sana. Dan bagi si ulat buku pula, anda boleh singgah sebentar di kedai buku Projek Buku. Bagi lelaki yang ingin mendapatkaan khidmat gunting rambut, anda juga boleh mendapatkannya di sini yang menyediakan kedai gunting rambut ala Hipter 1855.

kudakepangjohor

Bagi pembaca-pembaca orangjohor.com yang tertarik untuk berkunjung ke Kilang Bateri dan tidak mengetahui di mana terletaknya Kilang Bateri ini, jadi untuk pengetahuan semua Kilang Bateri terletak di Jalan Tampoi, 81200 Johor Bharu. Waktu operasinya adalah setiap hari bermula dari jam 12 tengah hari sehingga jam 12 tengah malam.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.