Kubu Tanpa Tembakan, Lambang Kegagalan Tentera British

Pengerang Battery merupakan kubu pertahanan tentera British yang terbesar dan terkuat bagi pertahanan dari tentera Jepun di rantau ini semasa Perang Dunia Kedua. Kubu ini terletak kirakira 90KM dari Bandar Kota Tinggi dan berada di Kampung Tanjung Pengelih.

dssgft

The Pengerang Coastal Battery merupakan salah satu kubu tinggalan tentera British semasa Perang Dunia Kedua. Sejarah pembinaan kubu ini bermula sejak tahun 1927 lagi yang mana Lieutenant General Sir Webb Gillman bersama dua orang pegawai jurutera telah melakukan tinjauan untuk membina kubu pertahanan daripada serangan tentera Jepun. Kubu ini berjaya disiapkan sepenuhnya pada 1939.

dssgft

Pada Ogos 1941 Pangerang Battery telah beroperasi sepenuhnya dan menjadi pertahanan kekal Singapura. Kubu ini dilengkapi dengan dua buah meriam enam inci yang berupaya mengahadapi serangan dari laut dan meriam ringan sebagai penangkis serangan udara. Kemudahan yang terdapat di kubu ini termasuklah temat simpanan peluru, wisma pegawai, hospital dan bilik jentera bawah tanah.

dssgft

Tentera British beranggapan pihak Jepun akan memulakan serangan ke atas Tanah Melayu melalui jalan laut dan mengambil langkah bersiap sedia dengan menguatkan lagi kubu pertahanan ini. Namun sangkaan tentera British meleset apabila pihak Jepun melakukan serangan dari arah utara menggunakan Thailand dan masuk melalui dua pintu jalan darat utara Semenanjung iaitu Kota Bharu dan Jitra.

dssgft

Kubu ini telah ditawan pada Disember 1942. Berdasarkan catatan dari tentera British, kubu ini turut dilengkapi dengan laluan bawah tanah yang mana menghubungkan semua tempat di sekeliling kubu termasuk laluan untuk ke Bukit Johor atau di kenali dengan Bukit Pengerang.

dssgft

Akibat terlalu lama ditinggalkan, kubu ini semakin dimamah usia, Walaupun binaan ini masih lagi tersergam kukuh, namun semua laluan bawah tanah untuk ke Bukit Pengerang telah ditimbus dengan tanah dan masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.