Kubu Tepi Jalan Kota Tinggi-Mersing

Sesiapa yang melalui jalan raya menghubungkan Kota Tinggi dengan Mersing di Johor pasti akan terlihat beberapa binaan kubu lama yang betul-betul berada di tepi bahu jalan yang lurus dan sedikit berbukit-bukau itu. Pasti ramai yang tertanya-tanya, kubu apakah itu, dibina oleh tentera mana dan bila pula ia wujud di tepi jalan raya itu?

dssgft

Tidak kurang yang menyangka itu merupakan kubu yang dibina oleh tentera Jepun semasa zaman pendudukan mereka di Tanah Melayu. Kubu lama itu atau dipanggil pill box sebenarnya telah dibina oleh pihak British bertujuan untuk mengekang kemaraan dan serangan tentera Jepun ke atas Singapura melalui Tanah Melayu.

Lima kubu lama yang boleh dilihat di jalan raya berdekatan dengan kawasan Hutan Lipur Panti, Kota Tinggi itu bukanlah satu-satunya binaan zaman Perang Dunia Kedua yang wujud di Johor. Kubu tersebut sebenarnya hanyalah sebahagian kecil mekanisme pertahanan yang dibina British setelah mengandaikan bahawa tentera Jepun akan menyerang Singapura melalui Laut China Selatan.

dssgft

Selain di jalan Kota Tinggi ke Mersing, terdapat juga kubu-kubu lama yang dijumpai di dalam hutan Sungai Sedili, Kampung Mawai, di dalam bandar Kota Tinggi dan juga kubu yang dipercayai menjadi kompleks pertahanan British di Tanjung Pengelih, Pengerang yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kota Tinggi.

Selama lebih tujuh dekad, kubu-kubu berkenaan masih berdiri teguh, namun kini hanya menjadi bangunan usang yang ditinggalkan begitu sahaja walaupun mempunyai nilai sejarah yang sepatutnya dijaga.

dssgft

Bukan sekadar tinggalan sejarah, kubu-kubu tersebut menyimpan 1,001 kisah ketika Perang Dunia Kedua yang wajar diambil iktibar oleh semua pihak terutama dalam menyingkap bagaimana sikap angkuh British akhirnya memberi kejayaan kepada tentera Jepun yang sebelum itu dipandang rendah oleh mereka.

Sumber: Utusan Online

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.