Lagenda Kelazatan Kopi 434 Muar

Sekiranya di tempat-tempat lain kopi Starbucks, Coffee Bean atau San Francisco menjadi pilihan, di Muar, pastinya kopi 434 ialah Nombor 1 dan pilihan utama penduduk tempatan. Nama kopi ini memang sangat sinonim dengan badar Muar. Sebut saja kopi di Muar, pasti yang terlintas difikiran adalah Kopi 434

dssgft

Anak-anak Muar semanjak kecil lagi telah dibiasakan atau didedahkan dengan Kopi 434 ini. Kopi 434 ini pada awalnya hanya terkenal dikalangan orang kampung setempat sahaja, namun kini telah mempunyai brand yang kukuh dan kafe yang unik serta mewah dari segi hiasan dalamannya.

Bagi yang pernah merasai kenikmatan kopi 434 ini, secawan sahaja tidak akan mencukupi pasti mahu tambah secawan lagi. Kopi 434 memang lazat dan amat sesuai diminun pada waktu pagi bersama-sama roti bakar. Apa yang menarik mengenai kopi ini adalah perkembangan yang sejak berdekad-dekad yang lalu iaitu semenjak tahun 1953.

dssgft

Untuk pengetahuan para pembaca setia orangjohor.com, kopi ini sudah lama terkenal dan terdapat banyak di kedai-kedai kopi, ianya boleh diminum dalam bentuk kopi O’ atau kopi susu. Namun, Sai Kee iaitu syarikat pengeluar kopi ini telah mengikut peredaran masa dengan memberi nafas baru kepada jenama kopi ini dengan memperkenalkan “mixing” dan “branding” pada kopi 434 ini.

Kopi 434 dalam bentuk kopi O’ kini terdapat dalam pelbagai jenama dan campuran. Manakala kopi uncang, dua dalam 1 dan kopi putih (white coffee) turut di perkenalkan. Ini telah memberi peluang kepada anak-anak Muar yang jauh diperautauan untuk terus menikmati kopi ini dengan membeli stok kopi 434 apabila pulang ke Muar nanti.

dssgft

Kopi 434 kini boleh dibeli secara atas talian. Antara brand kopi 434 yang menarik termasuklah Kopi ‘Monalisa‘ (Tiga Dalam Satu), Kopi 434 Tulen, Kopi Biji Gajah (Elephant Bean) dan Tongkat Ali. Semuanya telah di paketkan dan dalam bentuk yang menarik dan mengikut peredaran zaman.

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca setia orangjohor.com, kopi istimewa telah mengorak langkah dan kini telah mewujudkan “kopitiam” yang lebih moden bagi Kopi 434. Salah satunya terdapat di Jalan Bakri Muar. Terdapat bahagian yang berhawa dingin dan tidak berhawa dingin serta di lengkapi juga dengan kemudahan wifi.

dssgft

Untuk makluman semua pembaca setia orangjohor.com, kopitiam ini menyediakan menu yang menarik dan hidangan tradisi seperti kopi O’ kaw dan roti bakar. Layanan yang diberikan juga agak baik dan pesanan di sediakan dan dihidang dengan cepat. Biarpun tidak seramai pengunjung Starbucks, Kopitiam 434 sentiasa dikunjungi oleh pengunjung yang setia.

Jadi bagi mereka yang belum pernah mencuba kopi 434 , bolehlah cubanya dan rasai sendiri kelazatan kopi 434 ini.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.