Mahkota Kerajaan Johor, Lambang Kekuasaan Sultan

Setiap kerajaan semestinya mempunyai alat-alat kebesaran yang melambangkan kekuasaan dan kedaulatan pemerintahan. Terdapat 5 Kesultanan Melayu yang mempunyai mahkota sehingga kini iaitu Kesultanan Brunei, Kesultanan Johor, Kesultanan Selangor, Kesultanan Kelantan dan Kesultanan Terengganu sebagai lambang autoriti. Dalam artikel kali ini Orang Johor akan menyentuh berkenaan Mahkota Kerajaan Johor yang agung dan sentiasa menjadi kebanggaan Bangsa Johor.

mahkota 1
Mahkota Kerajaan Johor ditempah khas dari London dibuat oleh J W Benson berdasarkan kepada Mahkota St Edward. Namun ia diubah suai agar lebih bercirikan ketimuran dengan meletakkan bulan sabit dan dan bintang pecah lima disekeliling mahkota dan di sebelah atas mahkota. Mahkota ini diperbuat daripada emas tulen dan perak serta dihiasi dengan 6 batu permata, 3 batu permata merah delima, $ batu permata Zamrud dan 4 batu permata nilam. Mahkota ini juga turut dihiasi dengan Perkataan Allah dan Muhammad dalam tulisan jawi yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi Johor.

mahkota 2

Pada tahun 1925 dengan titah perintah Sultan Ibrahim mahkota ini telah diolah semula dengan tambahan emas permata termasuk 5 batu permata 18 carats. Baginda juga menambahkan set rantai plantinum dengan 1450 permata dan 671 permata berlian pelbagai saiz. Ditengah-tengah mahkota merupakan kain baldu berwarna ungu terang sama seperti Mahkota St Edward. Mahkota ini mula diguna pakai sewaktu pertabalan Sultan Johor pertama era moden iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah/ Almarhum Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor (1862-1895).

mahkota 3

Pada waktu ini Sultan Abu Bakar sahaja yang dimahkotakan apabila suri baginda iaitu Fatimah binti Abdullah atau nama asalnya Wong Ah Gew berhasrat tidak mahu dimahkotakan bersama. Mengikut Adat Tradisi Johor, gelaran Sultanah hanya boleh dipakai oleh suri Sultan setelah dirinya sendiri dimahkotakan. Sekiranya Sultan mangkat, maka semua gelaran sultanah akan ditarik balik dan diserahkan kembali kepada pihak istana. Sultanah Fatimah telah dianugerahkan gelaran Sultanah Negeri Johor Darul Takzim pada 8 Julai 1886 oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.

mahkota 4

Masa terus beredar, Mahkota ini digunakan sekali lagi sewaktu pertabalan Sultan Ibrahim Al-Masyhur ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar ( 1895-1959 ) dan Sultan Ismail Al-Khalidi ibni Ibrahim Al-Masyhur (1959-1981). Istiadat kemahkotaan Sultan Ismail merupakan sambutan besar-besaran yang diadakan oleh kerajaan Johor ketika itu. Wakil Raja-Raja Melayu dan juga Sultan Brunei hadir ketika istiadat kemahkotaan. Ia merupakan istiadat kemahkotaan pertama yang ditayangkan melalui televisyen.

mahkota 5

Sultan Abu Bakar mengunakan Mahkota sebagai alat kebesaran diraja Johor kerana baginda ketika itu merupakan keturunan Temenggong. Pemerintah beraja ketika itu memakai Tengkolok Diraja yang merupakan pakaian rasmi bagi pemerintah Melayu. Maka baginda mencari satu identiti khas bagi melambangkan kekuasaan Kesultanan Johor dari susur galur Temenggong. Disebabkan hubungan baik Sultan Abu Bakar dengan British ketika itu (semasa Pemerintahan Ratu Victoria) baginda telah menerapkan penggunaan mahkota dalam institusi beraja Johor Moden. Sebab itulah jika dilihat Kesultanan Johor lebih kepada ciri-ciri barat apabila menggunakan warna biru sebagai warna rasmi Diraja disamping pemakaian Jubah panjang sama seperti kemahkotaan Raja-Raja Inggeris.

mahkota 6

Mahkota Permaisuri (Diadem) pula kecil sedikit dari Mahkota Kerajaan untuk digunakan oleh suri baginda. Dalam tahun 1925 Sultan Ibrahim berkenan mengubah dan memperbaiki Mahkota Permaisuri dengan mengadakan lima biji berlian besar, setiap satu 18 karat. Baginda menambah kepada regalia itu dengan mengadakan seutas rantai atau kalung yang mengandungi 671 butir berlian dan sebuah tiara diperbuat daripada emas putih bertatahkan berlian.

Mahkota Kerajaan dan Mahkota Permaisuri digunakan dalam dua istiadat sahaja dengan titah perkenan raja iaitu: Dalam istiadat kemahkotaan di mana Mufti meletakkan mahkota di hulu (kepala) sultan dan sultanah dengan bacaan selawat Nabi dan diikuti dengan doa dan terakhir Mahkota akan diletakkan oleh bakal raja di atas keranda diraja semasa majlis penghormatan terakhir sebelum pemakaman. Mahkota disimpan sebaik sahaja majlis tamat.

SUMBER : Monarki Diraja Blogspot & Kemahkotaan.gov

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.