Mee Racun Batu Pahat, Rasa Yang Tiada Tandingan

Negeri Johor Darul Takzim terkenal dengan pelbagai makanan-makanan unik yang tiada di negeri lain dalam Malaysia. Ini dikayakan lagi dengan kepelbagaian etnik yang mendiami negeri ini sejak sekian lama sehingga membentuk jati diri Bangsa Johor itu sendiri. Pada kali ini Orang Johor ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai makanan istimewa yang namanya seperti merbahaya namun sebenarnya sangat lazat dan hanya ada di Batu Pahat iaitu Mee Racun. Jom teruskan membaca.

Mendengar namanya sahaja membuatkan kita teruja untuk mengetahui apa sebenarnya Mee Racun ini dan kenapa ianya dinamakan sebegitu. Mee Racun merupakan makanan popular di Batu Pahat dan tiada ditempat lain di Malaysia. Rasanya yang unik sentiasa menjadi buruan buat penggemar mee serata tanah air sekiranya berkunjung ke Batu Pahat.

racun 1

Diceritakan resipi Mee Racun ini pada asalnya dibawa daripada India ke Batu Pahat sekitar tahun 1960-an dan dikembangkan pada 1970-an sehingga popular sehingga ke hari ini. Ianya lebih kepada mee biasa berperisa tomato namun yang menambahkan istimewa pada mee ini ialah ianya dihidangkan bersama sup tulang kambing. Setelah 40 tahun, ternyata ianya sudah menjadi identiti Bandar Batu Pahat itu sendiri. Berikut merupakan senarai kedai yang menjual mee racun di sekitar Batu Pahat.

1. Nama Restoran : Kedai Mee Racun Tulang Sri jaya
Lokasi : TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu Beroperasi : Setiap hari 6.00 pm – 12.00 am

2. Nama restoran : Kedai Mee Racun 3G
Lokasi : No 2, Jalan Timah Sari, Kg Kenangan Dato Onn 1, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu Beroperasi : Isnin – Sabtu 4:00 pm – 2:00 am

racun 2

Nama racun itu hanyalah gelaran penduduk tempatan kerana rasanya yang terlalu enak. Racun itu bermaksud terlalu sedap dan mesti cuba untuk menikmati keenakkannya semula. Dengan harga yang sangat berpatutan selain rasa yang lazat, tidak hairanlah mengapa kedai yang menjual mee racun ini sentiasa dipenuhi pelanggan. Jangan lupa untuk merasai keenakkan mee racun jika berkunjung ke daerah Batu Pahat ya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.