Muar Di Era Penjajahan Portugis, Belanda Dan Inggeris

Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani merupakan sebuah bandar yang padat dengan peristiwa-peristiwa bersejarah yang seharusnya dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua. Di sinilah bermula dan berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka dan pernah menjadi saksi permulaan keagungan bangsa dan juga saksi kejatuhannya.

dssgft

Di tanah bersejarah ini juga pernah menyaksikan kehebatan wira bangsa dalam mempertahankan maruah bangsa, negara dan agamanya yang tercinta walaupun nyawa menjadi galang gantinya.

Kali ini orangjohor.com ingin menceritakan tentang Muar yang pernah dijajah oleh tiga kuasa asing, iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris. Buat pembaca-pembaca setia orangjohor.com yang ingin mengetahui akan zaman penjajahan di Muar boleh ikuti artikel ini sampai habis.

Zaman Portugis.
Seperti yang telah diketahui ramai, Melaka telah dijajah oleh Portugis pada Ogos 1511. Melaka yang pada ketika itu dibawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan anakandanya Sultan Ahmad Syah bersama pengikut-pengikutnya telah berundur ke Bertam, hulu Bandar Melaka, Portugis melakukan serangan secara berterusan dan memaksa baginda terus berundur sehingga ke hulu Sungai Muar.

dssgft

Baginda kemudiannya membina kediaman di Pagoh dan turut membina kubu Bentayang yang mana lokasinya kini berhampiran Jambatan Sultan Ismail Muar atau di kawasan pasar bandar Maharani, Portugis menyerang kubu Bentayang dan Pagoh pada penghujung tahun 1511.

Sultan Mahmud Syah bertahan di Pagoh dari serangan Portugis pada penghujung tahun 1511. Seterusnya baginda berundur pula ke Penarikan, keluar dari hulu Sungai Muar, masuk ke Sungai Serting kemudian masuk ke Sungai Bera menghilir ke Sungai Pahang.

Sultan Mahmud datang semula ke Pagoh dan menghantar bala tentera yang diketuai oleh Laksamana Hang Nadim untuk melakukan serangan balas ke atas Portugis pada tahun 1512. Perang Pagoh-Muar berlaku sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1512, 1519 dan 1520. Sultan Mahmud akhirnya berundur ke Bentan dan mangkat di Kampar pada tahun 1528.

Zaman Belanda.
Pada tahun 1641, Belanda dengan bantuan Johor telah menewaskan Portugis di Melaka. Perhubungan baik dengan Belanda ini telah memberi kesempatan kepada Johor untuk membangunkan semula negeri Johor yang sering diancam dan diserang Portugis.

dssgft

Persahabatan Johor-Belanda ini juga telah menyebabkan Sultan Mahmud Syah III yang mana pusat pentadbirannya di Daik Lingga memberi kebenaran kepada saudagar Belanda untuk mengutip cukai tahunan dan membeli semua hasil keluaran Johor.

Namun, persabatan ini tidak bertahan lama apabila Bellanda bertindak untuk menguasai dan memonopoli perniagaan eksport dan import Johor yang selama ini dikuasai oleh keluarga raja-raja Johor. Bala tentera Johor yang diketuai oleh Raja Haji telah membina sebuah pangkalan di Muar untuk menyerang Belanda di Melaka. Perang ini dikenali sebagai Perang Raja Haji

Dalam peperangan ini, Raja Haji telah terkorban di Tanjung Palas berdekatan Teluk Mas, Melaka. Kesemua hulubalang Johor yang masih terselamat berundur ke Muar dan kemudian ke Riau. Sebahagian dari mereka ada yang menetap terus di Muar setelah mendapat perkenaan Sultan Mahmud Syah III.

Saah seorang dari hulubalang tersebut yang bernama Raja Musa telah dilantik sebagai wakil dan menetap di Kuala Sungai Muar. Jawatan ini akhirnya ditarik balik pada tahun 1862 disebabkan Riau tudak lagi menjadi sebahagian daripada Johor.

Zaman Inggeris
Singapura telah diambil alih oleh Syarikat Hindia Timur pada tahun 1819 yang mana telah mengakibatkan Sultan Hussain yang pada ketika ini baru ditabalkan tidak memiliki wilayah pemerintahan sehingga baginda mangkat pada tahun 1835.

dssgft

Hanya pada tahun 1840, Tengku Ali anakanda kepada Sultan Hussain di isytiharkan oleh Thomas Church, Residen Konsular di Singapura atas arahan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Samuel Bonham menjadi Sultan Johor. Perlantikkan tersebuat mendapat pelbagai reaksi.

Sultan Ali yang kurang pengalaman berbanding Temenggung Ibrahim yang jauh lebih berpengaruh dari segi ekonomi, politik dan kewibawaan telah diberi kawasan Kesang melalui Persetiaan 10 Mac 1855, Sultan Ali yang pada ketika itu tidak berpuas hati telah mengancam untuk menyerang Johor. Sultan Ali diberi amaran oleh Gabenor Singapura agar membatalkan niat beliau untuk menyerang Johor namun tidak diendahkan oleh Sultan Ali.

Oleh kerana Sultan Ali kurang berpegalaman berbanding Temenggung Ibrahim yang jauh lebih berpengaruh dari segi ekonomi, politik dan kewibawaan telah menyebabkan wilayah Kesang diserahkan kepada Temenggung Ibrahim iaitu melalui Persetian 10 Mac 1855. Sultan Ali yang tidak berpuas hati dengan penyerahan tersebut telah mengancam untuk menyerang Johor.

Temenggung Abu Bakar yang meneruskan pemerintaha Temenggung Ibrahim Seri Maharaja yang mangkat pada 31 Januari 1862 menyedari bahawa Muar masih belum aman. Silawatang ketua masyarakat Bugis datang untuk menguti cukai di Muar tetapi enggan dibayar oleh penduduk tempatan. Keengganan ini telah encetuskan konflik yang getir dan berlaku pembunuhan.

Maharaja telah bertindak tegas mengamankan Muar dengan memerintahkan Silawatang dan pengikutnya ditangkap dan dibicarakan di johor bahru serta dihukum.

Sumber: Facebook Sejarah Muar.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.