Panglima Lidah Hitam Muar, Pengaman Selat Melaka

Panglima Lidah Hitam adalah tokoh yang tidak asing lagi terutama dalam mengenangkan kehebatannya bertempur menentang keganasan lanun di perairan Selat Melaka pada abad ke-16 sehingga menjadikan daerah Muar aman. Panglima Lidah Hitam atau nama sebenarnya Baginda Zahiruddin dipercayai berasal dari kepulauan Sumatera Indonesia dan dikenali sebagai lelaki yang mahir dalam ilmu persilatan.

dssgft

Menurut sejarah, beliaulah orang yang pertama memperkenalkan silat Lintau di Indonesia dan seterusnya ke Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke 16. Kedatangan beliau ke daerah Muar adalah satu kebetulan apabila beliau dalam perlayaran menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Oleh kerana cuaca pada ketika itu agak buruk beliau terpaksa menunggu sehingga keadaan agak reda untuk memulakan semula perlayarannya ke Mekah.

Di Padang iaitu nama asal Parit Sakai, beliau telah bertemu dengan Orang Kaya Bauk, pemerintah Padang waktu itu. Orang kaya Bauk meminta pertolongan beliau untuk mengajar seni silat Lintau kepada anak-anak muda di situ kerana beliau sangat handal dalam seni ini. Kebetulan pada waktu itu lanun-lanun mula bermaharajalela di Selat Melaka. Oang kaya panglima Bauk meminta kerjasama dan bantuan dari Panglima Lidah Hitam untuk menghapuskan lanun-lanun tersebut.

dssgft

Setelah mendengarkan permintaan daripada penduduk kampung khususnya Orang Kaya Bauk sendiri, Panglima Lidah Hitam akhirnya bersetuju membantu menentang ancaman lanun, selain mengajar seni silat Lintau kepada penduduk di daerah itu. Pada tahun 1716, satu pertempuran hebat telah berlaku di muara sungai Muar diantara Angkatan Panglima Lidah Hitam dengan lanun-lanun dan berlanjutan selama beberapa hari.

Angkatan Panglima Lidah Hitam berjaya menumpaskan sebahagian besar dari lanun-lanun. Tetapi tanpa disedari terdapat beberapa kumpulan kecil lanun telah menyerang kapal yang dinaikinya sehingga menyebabkan ia karam. Kejadian itu telah menyebabkan Panglima Lidah Hitam dan beberapa pengikutnya yang berada di dalam kapal lemas dan meninggal dunia. Lebih menyedihkan lagi, kejadian pada lewat petang itu tidak disedari oleh seorang pun pengikutnya kerana sibuk bertempur.

dssgft

Beberapa hari selepas pertempuran itu, mayat Panglima Lidah Hitam dan mayat seorang lagi pengikutnya terapung dihanyutkan air laut sebelum terdampar di kawasan pantai di Kampung Parit Sakai oleh seorang penduduk kampung. orang-orang kampung datang dan membawa naik mayat-mayat tersebut ke atas darat. Satu daripada mayat itu mempunyai lidah yang panjang berwarna hitam dan berbulu. Anehnya mayat ini tidak busuk dan reput walaupun sudah beberapa lama berada di dalam laut.

panglima

Untuk makluman pembaca-pembaca setia orangjohor.com, mayat Panglima Lidah Hitam kemudian dikebumikan di tepi Parit Sakai, namun satu kejadian aneh telah berlaku apabila satu batu berbentuk lidah hitam timbul di kubur itu. Makam ini telah diakui lagenda sejarah dan pada tahun 1977 Dato Samad bin Idris Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan pada waktu itu telah datang melawat dan merasmikan bangunan baru makam Panglima Lidah Hitam`

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.