Paya Biru Felda Lok Heng Selatan Tempat Perkelahan Menarik di Kota Tinggi Johor

satu program percuma khas oleh orangjohor.com

Jika anda ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil berkelah Paya biru di Felda Lok Heng Selatan adalah lokasi yang tepat untuk anda kunjungi. Lokasi ini terus menjadi tumpuan masyarakat di kawasan berkenaan terutamanya pada pada musim cuti.

dssgft

Keindahan yang dimiliki oleh paya biru di kawasan Kebun Blok 17 Felda itu bukan sahaja berjaya menarik perhatian golongan muda ke situ, tetapi turut menggamit nastalgia warga peneroka dan generasi kedua felda berkenaan. Paya ini tidak seperti kebanyakkan paya lain, yang mana keadaan airnya yang tidak keruh kerana punca air paya biru ini adalah dari Bukit Tangga Tujuh yang terletak berhampiran.

dssgft

Paya ini harus menjadi pilihan yang perlu dikunjungi jika bertandang ke Kota tinggi adalah kerana Paya Biru Felda Lok Heng merupakan satu kolam renang atau paya yang terbuka. Ianya terletak di kawasan kelapa sawit di dalam kawasan felda tersebut.

dssgft

Apa yang sangat menariknya disini ialah, di Felda Lok Heng ini menyediakan pelbagai kemudahan. Sepertinya tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk masuk ke kawasan Paya Biru ini, terdapat juga kemudahan tandas yang disediakan dan juga ruang untuk menyalin pakaian diperbuat dari kolong-kolong yang cantik, turut menyedia sewa pelampung RM3 sahaja dan juga tersedia gerai makanan dan minuman dan kemudahan pondok untuk berehat.

dssgft

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kawasan felda ini akan dimajukan sebagai tempat perkelahan dan pelancongan. Antara usaha yang dilakukan adalah memasang papan tanda petunjuk arah ke paya berkenaan. Menanam pokok-pokok bakau bagi mengelakkan dari berlakunya sebarang hakisan.

dssgft

Kawasan paya berkenaan amat berpotensi untuk dijadikan sebagai destinasi perlancongan lebih-lebih lagi dengan kemudahan inap desa yang disediakan. Peneroka disini amat mengalu-alukan sekiranya paya tersebut terus dipelihara. Malah, rasa berbangga apabila ianya menjadi lokasi pilihan anak-anak muda kini untuk berkelah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.