Pengepungan Bakri

satu program percuma khas oleh orangjohor.com

*Sambungan dari artikel Pertempuran Di Bandar Muar

Pada 17 Januari, Briged India ke- 45 yang masih mentah, bersama Division Australia ke-8, Batalion ke-2/19 dan 2/29 berkhidmat sebagai sokongan, telah di hantar bagi menawan semula Muar. Mereka berkumpul sekitar Bakri dan mengatur baris pertahanan sempadan kasar mengelilinginya.

dssgft

Komander mereka, Herbert Duncan, merancang kemaraan serampang mata tiga dari situ ke Muar; melalui jalan utama antara bandar, hutan, dan sepanjang jalan persisiran. Brigade tersebut terserempak dengan pasukan serang hendap Jepun. Pada hari berikutnya, Jeneral Nishimura memerintah serang tiga penjurunya sendiri terhadap Bakri, dan menjelang waktu petang pihak Jepun telah berada di jalan utama, hampir mengepung brigade tersebut.

dssgft

Batalion Norfolk ke-6 dari Brigade British ke-53, yang ditugaskan untuk mempertahankan rabung sekitar 5 batu ke Barat Yong Peng, bimbang mereka akan ditawan atau dihapuskan dalam kawasan yang hampir dikepung. Pada awal petang 19 Januari, pasukan Jepun menyerang dan mengundurkan mereka dari rabung tersebut. Pihak British berundur melalui hutan tebal ke puncak rabung utara. Pasukan Norfolks gagal memaklumkan ibu pejabat kedudukan mereka kerana ketiadaan wireless.

dssgft

Pada subuh keesokan harinya, pasukan Punjabi 3/16 diperintahkan bagi menawan rabung itu kembali. Ketika mereka tiba ke sana, mereka ditembak oleh pasukan Norfolks, yang menyangka mereka adalah musuh. Setelah mengalami korban di kedua belah, ia dapat diselesaikan. Tetapi sebelum pertahanan sempurna dapat diuruskan, tentera Jepun telah mara dan mengundurkan kedua tentera British dan India turun dari bukit.

dssgft

Sementara, General Duncan terbunuh ketika memimpin serangan balas bayonet, dan dengan kematiannya, Kolonel Charles Anderson mengambil alih pimpinan Brigade ke- 45. Awal pagi 20 Januari, mereka mula berbaris keluar dari Bakri kearah Yong Peng. Dalam jarak sebatu sahaja, mereka tertahan oleh halangan jalan. Beberapa usaha melepasinya gagal, sehingga serbuan bayonet dipimpin oleh Kolonel Anderson berjaya.

dssgft

Lebih banyak sekatan jalan diharungi oleh brigade India. Menjelang senja, selepas bertungkus-lumus setiap jam siang, barisan itu hanya melepasi jarak sekitar tiga batu. Lt. Col. Anderson memberi amaran bahawa tidak ada masa untuk berehat malam itu dan memerintah perbarisan diteruskan. Brigade itu bagaimanapun telah sampai ketepi kawasan terbuka dan laluan lebih mudah, sungguhpun barisan itu dipenuhi dengan mereka yang tercedera.

Pertempuran di Parit Sulong

Pegawai Pemerintah batalion 2/19 Infantri Australia, Leftenan Kolonel Charles Anderson mengambil alih tampuk pimpinan dan mengarahkan semua askar berundur secra teratur ke Parit Sulong. Di sana, Pertempuran Parit Sulong berlaku, melibatkan pertempuran hebat di antara pasukan askar Australia dan askar Jepun.

dssgft

Sementara Leftenan Kolonel Charles Anderson menunggu kemunculan sebuah unit Tentera India yang hilang, pasukan askar Australia bertembung dengan askar Jepun dari arah depan dan dari arah belakang. Kedudukan mereka terkepung, dan Leftenan Kolonel Charles Anderson mengarahkan pasukan Australia itu bertempur untuk melepaskan diri daripada kepungan askar Jepun. Usaha mereka berjaya, dan satu laluan diperolehi untuk membolehkan pasukan Australia itu melepaskan diri daripada kepungan.

Pada pagi 22 Januari 1942, pasukan askar Australia itu sampai di Parit Sulong, tetapi mendapati jalan mereka dihalang oleh satu pasukan askar Jepun. Pada ketika itu, ramai askar Australia dan India yang mendapat cedera ataupun terbunuh. Pasukan British (Bn 2 Loyals) yang dihantar untuk membantu mereka pula tidak muncul. Leftenan Kolonel Charles Anderson memberikan arahan supaya mereka yang masih berdaya untuk melarikan diri dalam kumpulan-kumpulan kecil melalui jalan-jalan kampung. Mereka yang cedera terpaksa ditinggalkan.

dssgft

Hanya 271 orang askar daripada Batalion 2/19 dan 120 orang anggota Batalion 2/29 dapat melepaskan diri daripada kepungan askar Jepun tersebut – kurang dari satu perempat daripada bilangan yang ada semasa pertempuran di Muar. Untuk keberanian dan kepimpinannya, Leftenan Kolonel Charles Anderson diberikan anugerah Victoria Cross.

Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong

Pada 23 Januari 1942 berlaku Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong yang dilakukan oleh anggota-anggota Division Pengawal Imperial Jepun (Imperial Guards Division) ke atas anggota-anggota Tentera Australia dan Tentera India yang telah cedera dan terpaksa ditinggalkan oleh rakan-rakan mereka apabila pasukan Tentera Berikat terpaksa berundur.

dssgft

Oleh kerana perasaan marah ke atas kejadian serang hendap di Gemas masih membara, anggota-anggota tentera Jepun mengambil peluang untuk membalas dendam ke atas askar-askar Australia dan India di Parit Sulong. Leftenan Jeneral Takuma Nishimura disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tentera Australia (Australian Military Court) atas kesalahan yang membawa Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong dan dikenakan hukuman digantung hingga mati pada 11 Jun 1951.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.