Perang Johor-Jambi

Semasa berlakunya Perang Tiga Segi, Jambi berada di bawah kekuasaan Johor dan telah menjadi tumpuan ekonomi serta politik. Namun, pada tahun 1666, Jambi cuba untuk melepaskan diri dari kekuasaan Johor dan dari tahun 1666 sehingga tahun 1673 tercetuslah peperangan di antara Johor dan Jambi.

Ibu kota Johor yang pada ketika itu berpusat di Batu Sawar telah dimusnahkan oleh angkatan tentera Jambi. Hal ini telah menyebabkan ibu kota Johor sering berpindah dari satu kawasan ke kawasan lain.

Sepanjang peperangan tersebut, Jambi yang sentiasa mendapat keuntungan. Walau demikian, pada tahun 1679 Laksamana Tun Abdul Jamil telah mengupah askar upahan Bugis untuk bersama-sama dengan angkatan tentera Johor menentang Jambi.
Tidak lama selepas itu, Jambi pun tewas dalam peperangan tersebut.

dssgft

Krisis antara Johor dan Jambi tercetus apabila berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak berkaitan perebutan kawasan yang bernama Tungkal. Pada masa tersebut, Johor di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III dan peranan pentadbiran lebih banyak dimainkan oleh Raja Muda.

Dalam usaha Johor untuk mendapatkan Tungkal dari tangan orang Jambi, orang-orang Johor telah menghasut penduduk Tungkal untuk memberontak. Hal ini kemudiannya telah menimbulkan kemurkaan Pemerintah Jambi. Tetapi kekuatan ketenteraan Johor pada ketika itu yang disegani oleh pemerintah Jambi telah menyebabkan Jambi memilih untuk berdamai.

dssgft

Ketengangan tersebut telah diredakan menerusi perkahwinan antara Raja Muda Johor dengan Puteri Sultan Jambi pada tahun 1659. Namun begitu, pertelingkahan antara Johor dan Jambi kembali meletus apabila kedua-dua pihak saling menghina kedaulatan kerajaan masing-masing. Johor telah memulakan serangan apabila menghantar tujuh buah kapal untuk menyerang perkampungan nelayan Jambi pada Mei 1667.

Kegiatan perdagangan semakin merosot akibat dari peperangan ini kerana tiada jaminan keselatan kepada pedagang untuk menjalankan urusniaga di kawasan tersebut. Hal ini telah merugikan ekonomi Johor. Kemuncak peperanganini apabila Pangeran Dipati Anum mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang Johor secara mengejut pada 4 April 1673.

Serangan ini telah melumpuhkan sistem pentadbiran kerajaan Johor. Dalam usaha menyelamatkan diri, Raja Muda bersama seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi di dalam hutan. Bendahara Johor telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.

dssgft

Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke Pahang. Baginda akhirnya meninggal dunia di sana pada 22 November 1677. Perperangan yang menyebabkan kekalahan kerajaan Johor ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak merampas semua barang berharga milik kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan besar senjata api yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor.

Kehilangan senjata api dan tentera yang ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat apa-apa secara tidak langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.