Pontian Penghujung Benua Asia

Daerah yang kini dikenali sebagai Pontian dahulunya dikenali sebagai Kukup atau Kukub dengan pusat pentadbirannya terletak di Kukup Laut berhampiran pelabuhan Kukup yang ada sekarang. Pada masa dahulu, kawasan pantai barat Johor dari Kukup sehingga ke Benut adalah kawasan perhentian dan persinggahan yang berpengkalan di Selat Kukup.

1 Januari 1866, Tanjung Puteri yang mana kini dikenali sebagai Johor Bahru telah dijadikan pusat pemerintahan bagi negeri johor yang baru. Negeri Johor mula membangun, beberapa penempatan telah diterokai dan dibuka. Pada ketika itu kawasan pantai barat Johor diletakkan di bawah jagaan Datuk Penggawa Barat Abdul Saad bin Ibrahim yang mana berpusat di Tanjung Kupang. Manakala bahagian Johor Timur pula di bawah jagaan Datuk Penggawa Timur yang berpusat di Tanjung Surat.

dssgft

1878 Tuan Syed Muhamad Alsagoff atau Nong Chik, seorang saudagar dan hartawan Arab dari Singapura telah memohon kepada Sultan Abu Bakar Johor untuk membuka satu kawasan pertanian. Sultan Abu Bakar telah memperkenankan permohonan beliau dan menyerahkan kepada Syed Muhamad Alsagoff untuk memilih sendiri kawasan yang diingininya.
Beliau telah memilih Kukup kerana Kukup pada masa ketika itu hanyalah sebuah kampung nelayan yang didiami oleh orang-orang Melayu dari Melaka dan belum diteroka dan dibuka secara meluas.

Tuan Syed Alsagoff telah menerokai dan membuka kawasan Kukup ini dengan membawa buruh-buruh dari Jawa. Beliau telah membuka ladang besar atau estet di Kukup dengan tanaman getah, sagu, kelapa, kopi, nenas dan nilam. Estet tersebut dinamakan sebagai Constantinople Estate. Hasil-hasil dari Kukup Ini dibawa ke Singapura dengan kapal melalui pelabuhan Kukup.

dssgft

Selain dari itu, beliau juga memberikan penempatan kepada buruh-buruhnya berupa kebun-kebun kecil secara sistem pajak dengan cukai 1/10 dari hasil yang didapatnya. Beliau juga memberikan hak membuka kebun kepada orang-orang perseorangan. Ramai orang-orang Jawa telah diberikan hak meneroka dan membuka kebun di kawasan tanah kurnia kepunyaan Tuan Syed Muhamad Alsagoff ini.

Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah juga mengeluarkan matawang sendiri yang digunakan untuk kegunaan buruh-buruh dan pekerja-pekerja di tanah kurnia atau konsesi Kukup ini. Dengan usaha-usaha yang diadakan ini Kukup yang dahulunya hanyalah hutan rimba dan paya kini menjadi maju dan ramai yang mula berhijrah ke sini.

Setelah Tuan Syed Muhamad Alsagoff meninggal dunia pada 1906 segala urusan tanah konsesi Kukup di bawah kelolaan anaknya iaitu Tuan Syed Omar Alsagoff. Pada tahun 1914 apabila Johor mula menerima Penasihat British, beberapa perubahan cuba dilaksanakan oleh Inggeris. Ini termasuklah perubahan dalam pentadbiran tanah konsesi Kukup.

dssgft

Pada tahun 1921, Kerajaan Johor dengan nasihat Inggeris telah melantik seorang pegawai Inggeris yang menjadi Wakil Penerima yang dikenali sebagai Receiver Alsagoff Consession bagi urusan tanah-tanah konsesi Alsagoff di Kukup itu. Wakil Penerima yang pertama untuk Kukup ialah Tuan B.R. Whitehouse.

Selepas tahun 1926, tanah-tanah konsesi Kukup diambil semula oleh Kerajaan Johor secara membeli dengan harga 1 juta Ringgit. Dengan ini Kukup ditadbir oleh Pegawai Pemungut Hasil Tanah bagi menggantikan Receiver Alsagoff Conession. Pegawai Pemungut Hasil Tanah yang pertama untuk Kukup ini ialah Encik Wan Hussein bin Endut.

Pada tahun 1921, pelbagai usaha telah dilakukan bagi membina jalanraya dari pelabuhan Kukup ke Pontian bagi memesatkan lagi pembangunan Daerah Kukup. Di sepanjang jalanraya yang jauh 12 batu (20 Kilomiter) ini juga terdapt pekan-pekan dan kampung-kampung seperti Permas, Penerok, Teluk Kerang, Rambah, Rimba Terjun dan Pontian Kecil serta Pontian Besar.

dssgft

Dengan ramainya penduduk-penduduk di daerah yang baru dibuka ini, Kerajaan merasakan perlu adanya sebuah mahkamah bagi menyelesaikan masalah-masalah yang bakal timbul. Dengan itu sebuah balai polis dan sebuah mahkamah telah dibuka di Kukup pada tahun 1924. Majistret pertama mahkamah ini ialah Tuan J.I. Miller yang juga menjadi Receiver Alsagoff Concession Daerah ini selama sebulan. Kemudiannya diganti oleh Engku Abdul Rahman.

Untuk memudahkan perjalanan darat ke Johor Bahru, jalanraya dari Pontian ke Johor Bahru turut dibina. Dengan adanya jalan ini, pekan Pontian Kecil berkembang pesat dan menjadi bandar utama Daerah Kukup. Ini disebabkan kedudukannya yang strategik di pertengahan dan persimpangan jalanraya dari Johor Bahru dan Kukup ke Baqtu Pahat dan Muar. Ia menjadi tempat persinggahan.

dssgft

Akhirnya Pontian Kecil terus membesar dan menjadi ibu bandar bagi Daerah Kukup. Jabatan-jabatan Kerajaan mula dipindahkan ke Pontian Kecil. Akhirnya bandar Pontian Kecil menjadi pusat pentadbiran daerah. Lanjutan dari ini daerah yang mulanya dikenali sebagai Daerah Kukup berubah menjadi Daerah Pontian dengan ditadbir oleh Pegaqwai Daerah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.