Pulau Rawa Mersing Johor, Persis Kepulauan Maldives

Pulau Rawa, sebuah pulau ibarat mutiara yang tersimpan rapi. Ramai yang tidak mengetahui akan wujudnya sebuah pulau yang sangat cantik di Malaysia. Pulau Rawa merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Johor kira-kira 16 kilometer dari Mersing. Apa yang menariknya di Pulau Rawa ialah keindahan alam semulajadinya yang sangat terjaga, air lautnya yang jernih serta pasir pantainya putih bersih.

dssgft

Kiri dan kanan pulau ini di kelilingi oleh laut dan keindahan alam, setanding kehebatan Kepulauan Maldives. Malah, sebenarnya di Pulau Rawa Mersing, ia menawarkan lebih dari apa yang terbaik untuk peminat percutian pulau, laut, pantai dan juga peminat sukan snorkeling serta penyelam skuba.

dssgft

Untuk mereka yang cintakan keindahan alam semulajadi, Pulau Rawa hill top akan menjadi salah satu tarikan. Mendaki ke puncak bukit ini yang hanya beberapa meter dari aras laut, anda akan terpesona dengan pemandangan waktu senja danjuga pemandangan waktu pagi sambil meyaksikan matahari terbik.

dssgft

Kawasan sekitar Pulau Rawa sangat cantik, dengan kejernihan air lautnya yang kehijauan dan kebiruan ditambah pula dengan keindahan batu karang serta ribuan anak-anak ikan. Lebih menarik lagi, terdapat sebuah gelongsor air yang terus menuju ke laut.

dssgft

Antara aktiviti yang boleh dilakuakan di Pulau Rawa ialah, snorkeling. menikmati keindahan dalam laut dengan melihat batu karang dan ikan-ikan yang cantik. Selam scuba, melihat keindahan ddi dasar laut. Dan untuk memudahan urusan pendaftaran pastikan anda mempunyai lesan scuba.

dssgft

Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiiviti berkayak di sekitar pantai sambiil menikmati permandangan pulau. Seterusnya, mendaki puncak bukit untuk melihat pemandangan pulau lebih-lebih lagi pada waktu matahari terbit. Makan malam biasanya akan disertakan dengan konsep BBQ. Sekiranya anda bernasib baik, akan ada pertunjukkan bunga api pada waktu malam sekitar jam 9.00 malam selepas waktu makan malam dan BBQ.

Kemudahan penginapan yang terdapat di Pulau Rawa ialah, Alang Rawa Resort dan Island Rawa Resort.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.