Pusat Membeli Belah Kemayan City Yang Ditinggalkan

Siapa yang tidak pernah dengar mengenai kisah seram pusat membeli belah Kemayan City. Pusat membeli belah yang sudah lama ditinggalkan pada sekitar tahun 1998 iaitu sekitar 17 tahun pusat membeli belah ini dibiarkan begitu sahaja. Pusat membeli belah ini yang berkedudukan sangat strategik dan sering menjadi laluan keluar masuk warga Singapura mahupun laluan ulang alik rakyat negeri Johor.

Secara khususnya pusat membeli belah ini terletak di sekitar kawasan Tampoi. Pasti kalian tertanya-tanya apakah faktor penutupan pusat membeli belah ini, ada yang mengatakan faktor utama penutupan pusat membeli belah ini kerana pemiliknya sudah jatuh muflis dan tidak mampu menanggung hutang yang bertimbun dan menyebabkan beliau bertindak menutup pusat membeli belah ini, namun ada juga yang menyatakan bahawa pusat membeli belah ini yang sering diganggu makhluk halus menjadi punca penutupanya.

kemayan city

Yang pasti tiada siapa tahu kebenaran kisah penutupan Kemayan City ini. Kisah misteri yang paling hangat yang melibatkan pusat membeli belah ini adalah kisah dimana satu keluarga yang dikatakan telah membeli belah di dalam Kemayan City walhal pusat membeli belah tersebut sudah lama dibiarkan dan sudah pasti tiada sebarang perniagaan yang dijalankan di dalam pusat membeli belah tersebut.

Kejadian ini telah memberi impak yang paling besar kepada penduduk setempat dan perasaan takut mula menular terhadap pusat membeli belah ini, dan akhirnya menyebabkan tempat ini menjadi salah satu tempat yang paling menyeramkan di negeri Johor. Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa rakyat Singapura bergitu terkesan dengan kejadian misteri ini? Mungkinkah atas faktor negara tersebut berdekatan dengan negeri Johor, atau mungkin juga disebabkan oleh keluarga yang menerima kejadian misteri itu berasal daripada negara tersebut.

kemayan city

Kejadian misteri ini bermula apabila satu keluarga daripada Singapura datang ke Johor bagi menghadiri majlis kenduri ahli keluarga terdekat, ketika dalam perjalanan ke rumah tersebut, keluarga ini telah tertarik dengan cahaya lampu yang terang benderang yang dikatakan dipancarkan oleh pusat membeli belah tersebut. Dengan rasa teruja, keluarga ini dikatakan terus sahaja berhenti di pusat membeli belah tersebut, kerana mereka menyatakan bahawa, pusat membeli belah tersebut yang berkeadaan sungguh meriah dengan dibanjiri oleh orang ramai telah mendorong mereka untuk datang mengunjungi pusat membeli belah tersebut.

Setelah beberapa jam mereka sekeluarga berada dipusat membeli belah tersebut, mereka pun meneruskan perjalanan mereka ke destinasi yang seterusnya. Sesampai mereka di rumah saudara mereka, dengan penuh girang mereka menceritakan perihal pusat membeli belah tersebut, namun, tanpa diduga kegembiraan yang dirasa bertukar menjadi mimpi ngeri apabila sanak saudaranya menyetakan bahawa pusat membeli belah tersebut sudah lama ditutup dan tidak berpenghuni.

kemayan city

Setelah mendengar cerita tersebut, dengan tergesa-gesa, ahli kelurga berkenaan melihat kembali barang yang telah dibeli, apa yang memeranjatkan, barang dibeli sebentar tadi bertukar menjadi sampah sarap serta daun-daun pokok. Kejadian ini kemudianya merebak keseluruh negara dan menyebabkan pelbagai spekulasi mula diperdebatkan. Persolan demi persoalan mula timbul menghantui pemikiran masyarakat setempat.

kemayan city

Ada yang menyatakan bahawa kejadian tersebut adalah atas faktor roh yang tidak tenang yang dikatakan berpunca daripada mayat Pendatang Asing Tanpa Izin yang mati disitu dan kemudianya ditanam disekitar kawasan pusat tersebut. Ada juga yang menyatakan bahawa kejadian itu adalah biasa, kerana tempat yang lama dtinggalkan pasti akan ramai “penghuninya”. Walaubagaimana pun, apa yang terjadi hanya Allah SWT yang mengetahui. Sebelum terlupa, pusat membeli belah ini sedang dalam proses dinaik taraf dan ianya akan dibuka kembali tidak lama lagi. Bagi mereka yang ingin membeli belah disini harap mampu bersabar dan tunggu perasmian pembukaannya.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.