Reka Bentuk Pill Box Punyai Fungsi Berbeza

Jika diperhatikan, reka bentuk kubu-kubu lama yang terdapat di sekitar Johor menpunyai fungsi-fungsi yang berlainan dan jauh berbeza dari kubu-kubu yang terdapat di negeri laIn di Semenanjung Malaysia.

Menurut seorang pengkaji sejarah Perang Dunia Kedua, pill box atau kubu yang terletak di Kota Tinggi, Johor dibina sebelum meletusnya Perang Dubia Kedua di Eropah selepas Jeneral William G.S. Dobbie serta jeneral di bawahnya, Leftenen Jeneral Arthur E. Percival mencadangkan supaya pertahanan disebelah Singapura dinaik taraf pada 1937 bagi menghadapi serangan tentera Jepun.

dssgft

Kedua-dua pemerintah tentera British itu hanya memperoleh 60,000 Pound bagi proses membina dan menaik taraf benteng pertahanan di Johor, Pulau Pinang dan Singapura dari serangan Jepun ketika itu sementara sebanyak 23,000 Pound digunakan bagi membina kubu-kubu tersebut.

Kubu pertahanan di Pulau Pinang juga telah dinaik taraf ketika itu dan pill box dengan reka bentuk tentera laut telah dibina. Oleh kerana itu, kita dapat lihat kubu-kubu yang terdapat di Pulau Pinang, Kota Tinggi dan di Singapura sama dan berkait rapat dengan pertahanan dari arah laut.

dssgft

Untuk pengetahuan pembaca setia orangjohor.com, pill box jenis pertama biasanya dibina dengan dua ruang tembakan di bahagian depan yang digunakan untuk pertahanan dari arah depan serta kubah kecil di tengah sebagai ruang pemerhatian. Ruang tembakan dan ruang kubah bagi pill box jenis itu dilindungi oleh tingkap perisai besi yang dibina sebagai pertahanan dari arah depan.

Pill box jenis ini dibina di dalam bandar Kota Tinggi dan di beberapa kawasan lain termasuk di tepi jalan raya Kota Tinggi ke Mersing. Kubu jenis ini juga dibina bagi melindungi sungai, jambatan dan laluan pesisir.

dssgft

Dan untuk pengatahuan tambahan kepada pembaca-pembaca orangjohor.com, pill box jenis tentera laut yang kedua pula mempunyai ruang mesingan bagi perlindungan kiri, kanan dan hadapan. Selain itu, ia mempunyai menara setinggi dua ke tiga meter bagi tujuan pemerhatian. Ia juga dipasang dengan pencari julat atau range finder yang mengikut Prosedur Standard Tentera Laut pada 1937-1938.

Bentuk pill box yang lain turut dibina di sekitar negeri-negeri di Tanah Melayu beberapa bulan sebelum serangan Jepun. Reka bentuk kubu jenis lain itu mempunyai ruang menembak di sekeliling pill box. Reka bentuk ini digunakan untuk melindungi kawasan sekitar bagi pertahanan dari serangan pelbagai arah pihak musuh.

dssgft

Pill box jenis itu juga boleh ditemui di Kota Bharu di Kelantan, Jitra dan Sungai Petani di Kedah dan Kuantan di Pahang. Ia didapati mempunyai bentuk heksagon. Reka bentuk pembinaan pill box British ini berbeza kerana tahun ia dibina tidak sama dan mengikut standard ketenteraan yang berlainan.

Sumber: Utusan Online.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.