Rio Fermosa, Portugis Di Batu Pahat?

Ramai yang mengetahui akan kewujudan sebuah perigi air tawar di Batu Pahat, yang mana dikaitkan dengan pembukaan daerah ini yang terletak di Pantai Rekreasi Minyak Beku yang dipercayai dipahat oleh tentera Siam, ratusan tahun yang lalu.

dssgft

Namun, perkataan Rio Fermoso atau kini dikenali sebagai Sungai Batu Pahat seperti yang terpahat dalam sebuah peta lama, yang dipercayai milik tentera Portugis pada kurun ke-16, yang kini mudah dijumpai serta dimuat turun melalui media baharu, setelah ia dialih ke Bahasa Inggeris daripada jurnal asalnya.

Perkataan Rio Fermosa ini dijumpai oleh seorang pengkaji sejarah bebas iaitu Mohd Azlan Datuk Mohd Sharif, yang ketika itu sedang mencari sejarah tentang Batu Pahat dan kaitannya dengan beberapa kubur lama di Bukit Inas, Parit Sulong. Menurut beliau, ketika melakukan carian itu beliau terjumpa beberapa perkataan Portugis yang ada kaitannya dengan Melaka, Muar dan Batu Pahat, seperti Rio Fermoso, Rio Formoso juga Rio Formeso.

dssgft

Katanya daripada carian tersebut beliau telah menemui perkataan Rio Fermoso, yang dipercayai ada kaitannya dengan Batu Pahat. Perkataan itu dikatakan telah hilang bersama-sama tentera Portugis setelah mereka menyerah kalah dengan tentera Belanda dan Inggeris.

Menurut beliau nama Rio Fermoso atau tempat ini yang terletak di selatan Melaka dan Sungai Muar popular kerana menjadi sumber bekalan padi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Lebih mengejutkan lagi nama Batu Pahat yang dipanggil sebagai Rio Fermoso turut tercatat dalam ‘diari’ ahli pelayaran Portugis, Tom Pires, yang melakukan pelayarannya pada akhir abad ke-15.

Menurut Mohd Azlan, Batu Pahat pada ketika itu dipercayai menjadi lubuk perlombongan bijih timah dan sumber pelbagai jenis batu, malah tidak keterlalauan jika dikatakan Kota A Farmosa, di Melaka berasal dari Rio Fermoso. Menurut Mohd Azlan lagi, ramai yang tidak mengetahui sebelum pembukaan Batu Pahat secara rasminya pada tahun 1894, oleh Datuk Bentara Luar, di Bukit Bendera, daerah ini sudah lama popular terutamanya dalam kalangan penjajah Barat.

dssgft

Beliau rasa terpanggil dengan penemuan peta Rio Fermoso di media sosial, dan mula tercari-cari lokasi sebenarnya dan akhirnya berjaya menemui sebuah tanah tinggi yang dipanggil Gunung Banang. Diakui ramai yang tidak tahu akan rahsia yang tersimpan di tanah tinggi di pinggir Pantai Minyak Beku ini, umum mengetahui di sini adalah sebuah kuari satu ketika dahulu, tanpa menyedari ia tersimpan beberapa artifak yang berharga.

Terdahulu sebelum melangkah kaki ke ‘Rio Fermoso’, Azlan dan rakannya telah ke kaki Bukit Inas, di Parit Sulong, untuk melihat beberapa kubur lama yang ukirannya sama seperti kubur milik pembesar Aceh. Di sana, dia bertemu dengan penduduk setempat juga individu yang bertindak sebagai penjaga kubur berkenaan, Salleh Dakam, yang memberitahu kubur lama itu adalah milik keturunan sultan yang lari dikejar penjajah.

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca setia orangjohor.com, artikel ini dipetik dari Sinar Harian edisi 6 April 2017.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.