Sejarah Dan Asal Usul Pekan Sri Medan, Batu Pahat

Sri Medan merupakan salah sebuah pekan kecil terletak dalam Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia. Ia berhampiran dengan Pekan Parit Sulong, Yong Peng dan Tongkang Pecah. Pada masa dahulu, ia adalah sebuah lombong bauksit yang terkenal di Johor. Sri Medan pada zaman dahulu merupakan sebuah pekan mati kerana ketiadaan jalan penghubung dengan pekan lain. Hal ini kerana pekannya terletak di bahagian tengah dan jauh dari jalan utama yang menghubungkan bandar Batu Pahat, pekan Parit Sulong dan pekan Yong Peng.

Pekan Sri Medan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Parit Basri Laut, Parit Warijo, Parit Haji Ariff dan Parit Haji Yusof. Parit Warijo dapat menghubungkan beberapa kampung dengan pekan Sri Medan, antaranya seperti Parit Laman, Parit Jayus, Parit Baru, Ayer Putih, dan Sri Sejagong. Jalan Parit Haji Ariff pula dapat menghubungkan pekan Sri Medan dengan beberapa kampung lain seperti Kg. Sri Pasir, Parit Ulong, Sri Dayong, termasuklah Bukit Betaling yang terletak di bahagian hulu. Jalan Parit Haji Yusof pula dapat menghubungkan Bukit Rimau, Parit Lapis Haji Yusof, Sri Ramunia, dan Parit Singgahan. Namun, Sri Ramunia dan Parit Singgahan juga berhubung dengan jalan besar menghala ke Sri Medan.

medan 1

Sri Medan dahulunya merupakan bandar perkampungan yang unik telah banyak mengalami perubahan pembangunan. Sri Medan telah dibuka oleh Tuan Haji Yusof yang berasal dari Ponorogo, Indonesia pada tahun 1912. Dahulunya Sri Ramunia merupakan nama asal bagi Sri Medan namun nama ini diubah sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Penduduk asal di Sri Medan adalah seramai 70 orang, mereka terdiri dari saudara terdekat Tuan Haji Yusof.

Sri Medan merupakan nama tempat asal Haji Yusof yang berasal dari Indonesia, dan Medan pula merupakan tempat yang berkelompok besar. Nama Medan juga diambil bersempena tempat perkumpulan warga-warga buruh yang bekerja di lombong bijih besi yang diusahakan oleh Pihak Jepun. Buruh-buruh ini terdiri dari kaum Melayu, India, Cina dan warga lain.

medan 2

Pada zaman pelombongan besi di Sri Medan, di anggarkan seramai 15,000 orang pekerja dari warga Melayu, India, Cina dan Indonesia yang bekerja pada zaman British. Pada tahun 1918 lombong besi telah dibuka dikawasan ini oleh sebuah syarikat daripada Jepun yang bernama ‘Nippon Kanji Kaisa ‘ atau singkatannya ‘ NKK ‘. Syarikat tersebut terus menjalankan kerja-kerja melombong sehingga tahun 1931 sebelum diambil alih oleh sebuah syarikat lain dari negara matahari terbit itu. Pada tahun 1941 operasi lombong di Sri Medan telah ditamatkan, namun pada tahun 1942 ia telah dibuka semula sehingga 1945.

Pembukaan lombong bijih besi di Sri Medan merupakan projek perlombongan biji besi terbesar di Malaya ketika itu. Sehinggakan pada tahun 1920-an, direkodkan sebanyak 800,000 tan bijih besi dikeluarkan dalam tempoh setahun. Lombong bijih besi di Sri Medan ditutup pada tahun 1967 atas faktor keselamatan dan kini, kawasan perlombongan tersebut dijadikan taman rekreasi.

medan 3

Pada sekitar tahun 60 an Sri Medan ini sering di landa banjir dalam tempoh yang panjang. Ini kerana kedudukan geografinya dan ketiadaan sistem saliran yang baik. Kesemua air yang melanda banjir di Sri Medan melalui dari Chaah dan Bekuk. Air banjir dari Sri Medan akan melanda Parit Sulong dan seterusnya akan mengalir terus ke Sungai Simpang Kiri (cabang Sungai Batu Pahat).

Penduduk Sri Medan perlu menempuh banjir yang panjang dan kadangkala berbulan-bulan lamanya sehingga air itu akan mengalir ke sungai atau meresap ke bumi. Ini menyebabkan beribu ekar kebun atau tanaman yang rosak dan musnah. Pada tahun 1985 kerajaan Johor telah mengeluarkan peruntukan untuk membuat sistem saliran air di kawasan Sri Medan

medan 4

Sri Medan juga pernah menjadi lokasi pengambaran untuk filem Puteri Gunung Ledang, lakonan Datuk M. Nasir dan Tiara Jaquelina. Lokasi tepat untuk pembikinan filem berunsurkan sejarah tersebut adalah di Bukit Inas iaitu sebuah lokasi yang bersempadan dengan pekan Parit Sulong. Sebelum ada nama Sri Medan, nama Ramunia terlebih dahulu digunakan sebagai nama utama kawasan ini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.