Sejarah Dan Keunikan Kampung Desa Temu Jodoh

Pengunjung yang pertama kali mengunjungi daerah Segamat melalui pekan Yong Peng pasti akan menoleh untuk kedua apabila melintasi Kampung Desa Temu Jodoh, Chaah, disebabkan oleh keunikan namanya. Perkampungan yang dibuka kira-kira 20 kilometer (km) dari pekan Yong Peng, Batu Pahat dan 60 km dari Bandar Segamat dan terletak di antara sempadan daerah Segamat dan Batu Pahat.

dssgft

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca setia orangjohor.com, Desa Temu Jodoh ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Tanah Rancangan Pemuda kelolaan kerajaan negeri Johor pada sekitar tahun 1972. Desa Temu Jodoh ini mula dibuka pada 30 Oktober 1972.

Pada asalnya Kampung Desa Temu Jodoh ini dikenali sebagai Tanah Rancangan Pemuda dan seramai 112 belia dipilih oleh kerajaan negeri Johor untuk meneroka kawasan seluas 420 hektar pada 30 Oktober 1972. Kawasan yang diterokai dijadikan kawasan pertanian dan menjurus kepada tanaman kelapa sawit. Peserta-peserta Tanah Rancanggan Pemuda samaada lelaki ataupun wanita tidak dibenarkan berkahwin selama lima tahun mengikut syarat yang ditetapkan.

dssgft

Terdapat dua peringkat pengambilan peserta Rancangan Tanah Muda, iaitu fasa pertama dan kedua dan setiap fasa jumlah maksimum peserta yang diambil adalah seramai 60 orang. Kerajaan negeri yang pada ketika itu bersimpati dengan kesemua peserta yang tinggal di dua asrama kecil kemudiannya memberikan tanah kepada mereka untuk dijadikan tapak perumahan dan mendirikan kediaman masing-masing.

Sebaik sahaja kesemua peserta yang kebanyakannya bujang mendirikan rumah masing-masing, mereka mula berasa sunyi dan kesepian sehingga mendorong kesemua mereka untuk mencari isteri dan berkahwin. Pada ketika itu tidak jauh daripada Desa Temu Jodoh terdapat puluhan peserta beliawanis bagi program yang sama. Peserta lelaki ada yang dihantar ke kawasan beliawanis untuk membantu dan memberi garis panduan penanaman kepada mereka dan dari situ bermulanya sejarah awal Desa Temu Jodoh.

dssgft

Dari perkenalan ini ianya berlanjutan sehingga menerbitkan rasa kasih dan sayang sehingga ada di antara mereka yang mengambil keputusan untuk segera berkahwin. Sebaik sahaja syarat utama untuk tidak membenarkan mereka berkahwin tamat, mereka pun secara beramai-ramai bersepakat untuk berkahwin. Seramai 24 pasangan disandingkan secara serentak pada 27 Februari 1977 dan kesemua kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Menteri Besar Johor pada ketika itu.

Sebanyak 24 pelamin didirikan di padang bola kampung dan kesemua psangan diarak menaiki kereta ke Masjid Jamek Daerah Segamat untuk dinikahkan secara beramai-ramai. Dan untuk pengetahuaan pembaca-pembaca setia orangjohor.com, dari sinilah Tanah Rancangan Pemuda ditukar kepada Desa Temu Jodoh dan kekal unik sehingga ke hari ini.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.