Sejarah Pembinaan Tambak Johor, Penghubung Malaysia Dan Singapura

satu program percuma khas oleh orangjohor.com

Negeri Johor merupakan negeri yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia. ianya terletak di sebelah selatan dan mempunyai sejarah perkembangan yang unik. Ia merupakan salah sebuah negeri di Tanah Melayu yang tidak dijajah oleh Inggeris.

Tambak Johor ataupun Tambak Tanjung Puteri merupakan sambungan darat yang pertama antara Malaysia dan Singapura. Ia menyeberangi Selat Johor dan menghubungkan bandar Johor Bahru di Malaysia dengan bandar Woodlands di Singapura. Sebelum adanya tambak ini, perhubungan di antara negeri Johor dan Singapura hanya mengunakan jalan air sahaja iaitu dengan menggunakan feri , sampang dan tongkang sebagai pengangkutannya.

dssgft

Dalam pada itu, usaha untuk membina landasan keretapi di negeri Johor telah dijalankan dan pembinaan landasan keretapi siap tersebut dibina pada tahun 1919. Selepas perang Dunia Pertama, pihak berkuasa keretapi telah mencadangkan agar perkhidmatan keretapi Singapura disambung dengan keretapi Johor melalui Selat Tebrau. Cadangan ini dibuat disebabkan oleh perbelanjaan menggunakan sampan dan tongkang semasa urusan perdagangan terlalu tinggi.

Pada awalnya dicadangkan agar dibina sebuah jambatan yang mana disambungkan dengan tambak menuju ke Singapura. Tetapi akhirnya dipersetujui untuk membina sebuah tambak dan dibuat pintu air pada tamabak tersebut supaya memudahkan laluan kapal-kapal.

Cadangan tersebut turut diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim. Lok ataupun pintu air ini dibina sebelah menyebelah supaya dapat mengepung air menjadi sama rata ketika air sedang pasang. Selain itu, Sultan Ibrahim juga telah menitahkan agar tambak tersebut diperbesarkan dan dibina jalan raya agar boleh dilalui oleh kenderaan dan pejalan kaki.

dssgft

Setelah segala cadangan dipersetujui oleh semua pihak yang terbabit, satu perangkaan perbelanjaan yang mana melibatkan negeri Johor dan Singapura telah dibuat. Pada awalnya Kerajaan Negeri Selat yang pada ketika itu memerintah Singapura dan Tanah Melayu tidak mahu mencampuri urusan pembinaan tambak tersebut.

Apabila hal tersebut dipersembahkan ke Bawah Duli Sultan Johor, baginda tidak rasakan bahawa perkara itu akan menjadi halangan dari meneruskan rancangan yang telah dibuat tetapi baginda inginkan agar tol dikenakan kepada setiap kenderaan yang tidak didaftar di negeri Johor juga kepada rakyat bukan negeri Johor yang menggunakan tambak tersebut.

dssgft

Hal ini terpaksa dilakukan demi menampung perbelanjaan pembinaan tambak tersebut yang begitu tunggi. Namun pada akhirnya, Kerajaan Negeri Selat dan juga Kerajaan Tanah Melayu bersejutu untuk menampung pembiayaan bagi pembinaan tambak tersebut.

Apabila persetujuan telah dicapai oleh semua pihak iaitu di antara Kerajaan Negeri Johor, Pesuruhjaya Tinggi British dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu maka kerja-kerja pembinaan mula dijalankan pada akhir tahun 1919. Tambak ini telah direka khas oleh Messrs, Coode, Fitzmaurice, Wilson dan Mitchell Jurutera Westminster. Manakala kontrak pembinaan tambak ini diserahkan kepada Messrs, Topham, Jones dan Railton Limited, London.

dssgft

Kerja-kerja pembinaan tambak Johor telah disiapkan dalam masa empat tahun. Pada 24hb Julai 1924, Tambak Johor telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim bersama-sama Pesuruhjaya Tinggi British dan juga Raja-raja Tanah Melayu. Sempena dengan perasmian itu, pejabat-pejabat kerajaan telah diberikan pelepasan am.

dssgft

Tujuan pembinaan tambak ini adalah kerana perkembangan dan kemajuan negeri Johor yang semakin pesat dan pembinaan Tambak Johor ini jelas memberi manfaat kepada Johor dan juga Singapura. Kesibukan di Selat Tebrau semakin bertambah apabila jalan keretapi Johor pada tahun 1909. Lantaran itu perkhidmatan feri semakin diperlukan. Apabila perkhidmatan keretapi antara Johor dan Singapura dihubungkan melalui Tambak Johor, kesesakan itu dapat diatasi.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.