Sejarah Tarian Zapin Johor

Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian Zapin dipercayai berasal dari Tanah Arab yang gerakannya adalah cepat dan tidak banyak bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun 50an dan 60an. Tarian Zapin Johor mempunyai dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Secara amnya, kedua-dua genre zapin itu berasal daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut.

dssgft

Di negeri Johor, tarian zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsurkan Islam ianya merupakan salah satu hiburan yang terdapat di negeri tersebut. Ianya dipersembahkan pada upacara-apacara sekular dan sambutan hai-hari kebesaran. Dari segi kelembutan dan kehalusan tarian, tidak dapat disangkalkan bahawa tarian Zapin Johor memperlihatkan lebih kehalusan dan kelembutannya berbanding Zapin Arab.

dssgft

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca setia orangjohor.com, satu hal yang menarik tentang Zapin Johor adalah keupayaan dalam mewujudkan rasa persaudaraan dalam kalangan penari dan pemuzik sekali gus dapat mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Simboliknya, gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama di samping meminggirkan persaingan antara pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan. Jika dilihat daripada perspektif ini keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor amat terserlah.

dssgft

Pada permulaanya, tarian zapin hanya ditarikan oleh golongan lelaki sahaja, tetapi kini telah ramai wanita yang menyertai tarian ini. Pada kebiasaanya, tarian zapin akan diiringi oleh beberapa alat muzik tradiasianol antaranya bialo, marwas dan gambus. Penari boleh berinteraksi dengan pasangan masing-masing dengan cara bergurau, mencabar dan menikmati alunan muzik dengan lenggok tari pasangan masing-masing.

dssgft

Terdapat beberapa jenis Tarian Zapin Johor, antaranya Zapin Pekajang, Zapin Tengelu, Zapin Lenga dan lain-lain. Zapin Johor pada kebiasaannya dimulakan dengan permainan gambus. Terdapat banyak ragam dalam tarian zapin diantaranya, ragam pusau belanak besar, ragam lompat injut, ragan titi batang dan banyak lagi.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.