Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim

Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah mengantikan ayahandanya, Temenggung Daeng Ibrahim dalam mentadbir Johor dari 1862 hingga 1895. Semasa kemangkatan ayahandanya, beliau berusia 28 tahun. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim adalah Sultan Johor era moden yang pertama. Beliau menggunakan gelaran Maharaja Johor pada 1868.

dssgft

Sultan Abu Bakar adalah seorang pemerintah dan tokoh Johor yang amat bijaksana dalam mentadbir Johor. Sultan Abu Bakar telah mengukuhkan dan memajukan johor di bawah Dinasti Temenggung. Beliau juga telah melakukan hubungan diplomatik yang baik dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada Januari 1866, baginda telah mengantikan nama Tanjung Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya sebagai pusat pentadbiran kerajaan Johor.

Untuk memajukan Johor Sultan Abu Bakar telah menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat dan beliau digelar sebagai Bapa Johor Moden. Kecekapan beliau dalam mentadbir kerajaan Johor diakui sendiri oleh pihak British.

dssgft

Beliau mendapat pendidikan awal di Barat. Oleh yang demikian, beliau sangat terpengaruh yang cara pentadbiran dan pemerintahan Barat. Untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara, beliau telah membuat lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya England.

Disebabkan kebijaksanaannya, baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Sultan Abu Bakar juga bersahabat dengan ratu Great Britain pada waktu itu, Ratu Victoria. Baginda sultan telah dianugerahkan gelaran Maharaja Johor oleh Ratu Victoria iaitu pada tahun 1868.

dssgft

Kemudiannya, selepas kemangkatan Sultan Ali, baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor. Tengku Alam iaitu anakanda Sultan Ali membantah tapuk pemerintahan Muar/Kesang diserah buat sementara kepada Sultan Abu Bakar dan melancarkan Perang Saudara Jementah atau Perang Jementah pada tahun 1879 tatapi gagal.

Pada tahun 1883, baginda telah merasmikan Penjara Johor Bahru. Kerajaan Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British pada tahun 1885. Kerajaan Johor telah diiktiraf sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat oleh Kerajaan British. Baginda juga telah diiktiraf sebagai Sultan Johor.

dssgft

Sultan Abu Bakar telah bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga telah bersetuju untuk meindungi Johor dari sebarang ancaman dari luar.

Pada 1 Julai 1886, baginda telah mengunakan gelaran Sultan Abu Bakar Al-Khalil. Baginda telah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor pada 14 April 1895. Sultan Abu Bakar mangkat pada 4 jun 1895 di United Kingdom dan telah dimakamkan di Makan Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

dssgft

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.