Sultan Ibrahim Ismail Al-Masyhur Melawat Hitler

Umum kurang mengetahui yang Tuanku Sultan Ibrahim yang bersahabat dengan pihak British telah berkawan dengan Reich Chancellor Jerman Adolf Hitler. Hubungan baik beliau dengan Adolf Hitler bukanlah suatu rahsia. Beberapa sumber melaporkan, semasa Tuanku Sultan berkunjung Perancis pada 1939, baginda secara rahsia telah menjadi tetamu kepada Adolf Hitler di Hotel Paris. Lawatan ini diadakan sebelum baginda berlepas ke Amerika sebelum Perang Dunia Kedua meletus.

hitler a1 hitler b2
Tuanku Sultan Ibrahim kemudiannya telah ditahan oleh pihak berkuasa Perancis atas tuduhan menjadi pengintip. Tuanku kemudiannya telah diserahkan kepada Konsulat British. Semasa insiden ini, Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Shenton Thomas telah mengambil kesempatan untuk meyakinkan pihak Pejabat Kolonial British supaya menahan Tuanku daripada pulang ke negeri Johor. Seperti banyak percubaan yang telah dilakukan oleh British sebelum ini untuk menahan Tuanku, percubaan oleh Gabenor Shenton Thomas ini turut menemui kegagalan.

hitler 2

Sebagai balasan kepada pihak British, Tuanku Sultan secara menyindir telah “menghadiahkan” €250,000.00 kepada kerajaan British dan menambah €500,000.00 lagi ‘hadiah’ kepada Ratu England pada ketika itu. Wang tersebut kemudiannya telah digunakan oleh pihak British sebagai dana untuk mempertahankan Singapura dari serangan tentera Jepun.

hitler 1

Selepas peristiwa tersebut, Tuanku Sultan telah memecat kesemua para doktor baginda yang berketurunan Yahudi. Tuanku kemudiannya telah mengarahkan supaya askarnya memakai lilitan di lengan dan memakai kot, mirip seragam anggota tentera Fasis Jerman dan Itali. Selain daripada catatan diatas, terdapat juga sumber dari media di Filipina yang menyatakan bahawa dalam lawatan ke Eropah pada 1934, Tuanku turut berjumpa dengan pemimpin Nazi Jerman, Hermann Goring dan juga pemimpin fasis Itali iaitu Bernito Mussolini.

SUMBER Untold History : The Brassball HRH Ibrahim’s Good Friend – Reich-Chancellor Adolf Hitler

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.