Sultan Ibrahim Mahu Semua Pegawai Daerah Kemuka Cadangan Mengenai Pembangunan Johor

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap dan menyampaikan amanat kepada Pegawai-Pegawai Daerah bagi memastikan negeri Johor terus berkembang maju.

Dalam pertemuan selama satu jam bersama semua Pegawai Daerah negeri Johor di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (13 Feb), Baginda bertitah mahu setiap Pegawai Daerah mengemukakan cadangan dan pandangan mengenai pembangunan serta kemajuan negeri.

Langkah yang sama perlu dibuat oleh semua Ahli Majlis di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setiap daerah.

Ini bagi memastikan keharmonian dan keselesaan Bangsa Johor terus dipelihara.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Haji Azmi Bin Rohani.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

do 1 do 2 do 3 do 6 do 7 do 8

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.