Sumbangan Mesin CT Scan, Lambang Kasih Sultan Johor Kepada Rakyat

Pada tahun 2016, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebuah mesin imbasan ‘CT Simulator’ kepada Pusat Rawatan Onkologi Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru yang kos pembelian dan pemasangan mesin tersebut dianggarkan sebanyak RM3.6 juta. Mesin ‘CT-simulator’ tersebut adalah kritikal bagi rawatan radioterapi bagi pesakit kanser. Mesin sedia ada yang sedang digunakan di Hospital Sultan Ismail pada ketika ini telah mula digunakan secara aktif dalam tahun 2004, setelah diperolehi pada tahun 1998.

ct 1
Isu berhubung mesin ‘CT-simulator’ yang semakin uzur itu dimaklumkan kepada Tuanku Sultan oleh isteri Baginda, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor.

“Kami tahu bagaimana rasanya mempunyai seorang anak yang menderita akibat kanser, dan kami tahu dan memahami kedukaan serta kebimbangan yang dirasai oleh ibubapa lain.

“Kami telah kehilangan anak lelaki kami, dan kami tidak mahu ibu bapa lain merasai penderitaan yang telah kami lalui, serta kesedihan yang kami rasakan sekarang dan perlu kami tanggung sepanjang hayat kami,” kata Tuanku Permaisuri seperti dipetik dari kenyataan FB tersebut.

ct 2

Pasangan Diraja juga berharap dengan adanya mesin tersebut akan membantu memastikan lebih ramai pesakit kanser dapat diselamatkan melalui rawatan radioterapi di hospital tersebut dengan segera tanpa berlengah lagi.

Berikut merupakan kenyataan rasmi dari akaun facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar:,

Salam Jumaat.

Pusat Rawatan Onkologi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, akan menerima sumbangan sebuah unit imbasan “CT-simulator” baru, ikhsan kurniaan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor. Pembelian dan pemasangan CT-simulator moden tersebut berjumlah RM3.6 juta. Tuanku Sultan akan mengurnia pembelian mesin tersebut, manakala kos pemasangan akan ditanggung oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Mesin “CT-simulator” itu adalah kritikal bagi rawatan radioterapi bagi pesakit kanser. Mesin yang sedang digunakan di hospital pada ketika ini telah mula digunakan secara aktif dalam tahun 2004, setelah diperolehi pada tahun 1998. Walau bagaimanapun, memandangkan usia dan jangka hayatnya, mesin tersebut telah usang dan tidak boleh diharapkan serta kerapkali mengalami kerosakan beberapa tahun kebelakangan ini. Isu berhubung mesin “CT-simulator” yang semakin uzur itu disembah maklum kepada Tuanku Sultan oleh isteri Baginda, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor.

ct 3

Tuanku Permaisuri telah tertarik oleh kesusahan yang dihadapi oleh Yusnita, seorang pelajar UTM berusia 21 tahun, yang menghidapi sejenis kanser yang sangat berbahaya. Yusnita, dari Pengerang, berasal daripada sebuah keluarga yang besar dan kurang berkemampuan. Beliau telah menjalani pembedahan membuang tumor kanser, namun telah dimaklumkan kemudian bahawa masih terdapat sel kanser di sekitar kawasan dimana pembedahan telah dilakukan. Enggan lagi menjalani pembedahan, beliau sebaliknya telah memilih untuk menjalani radioterapi, tetapi telah diberitahu bahawa mesin “CT-simulator” tersebut rosak dan perlu diperbaiki, yang mana secara langsung melambatkan sesi radioterapi yang amat diperlukan oleh beliau selama beberapa bulan.

ct 4

“Kami tahu bagaimana rasanya mempunyai seorang anak yang menderita daripada kanser, dan kami tahu dan memahami kedukaan serta kebimbangan yang dirasai oleh ibubapa lain. Kami telah hilang anak lelaki kami, dan kami tidak mahu ibubapa lain merasai penderitaan yang telah kami lalui, serta kesedihan yang kami rasakan sekarang dan perlu kami tanggung sepanjang hayat kami,” titah Tuanku Permaisuri.

Secara kebetulan, Almarhum paduka anakanda Tuanku Sultan yang sangat dikenali ramai, Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor, telah berangkat mengunjungi kemudahan onkologi tersebut pada 8hb Mac 2015, dan telah menzahirkan kekhuatiran tentang keadaan mesin yang tersebut. Semua ini kelihatan akan berubah dengan kurniaan Sultan Ibrahim untuk membeli mesin “CT-simulator 64 slice” yang baru dan canggih itu. Ini akan membantu memastikan lebih ramai pesakit kanser dapat diselamatkan melalui rawatan radioterapi di hospital tersebut dengan segera tanpa berlengah lagi.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.