Suspek Kes Pembunuhan Taman Pelangi Direman

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret, di sini hari ini membenarkan perintah reman terhadap enam individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang lelaki yang ditikam dan dilanggar di stesen minyak di Taman Pelangi.

Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

kes bunuh 1

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader mengesahkan penahanan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 19 dan 22 tahun pada awal pagi, semalam susulan kes pembunuhan berkenaan.

Empat lagi lelaki berusia 20-an turut ditahan awal pagi tadi sekitar bandaraya Johor Bahru bagi membantu siasatan kes sama.

kes bunuh 2

Ahad lalu, mangsa, Tan Aik Chai, 44 dilaporkan diserang sekumpulan empat lelaki ketika dia bersama isterinya sedang mengisi angin pada tayar kenderaannya di sebuah stesen minyak dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam tepat pada bahagian jantung sebelum digilis kereta jenis BMW yang dipandu suspek.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (21 DISEMBER 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.