Taman Awam Tepi Laut Pontian

Taman Awam Tepi Laut Pontian ini telah mengubah landskap pesisiran tepi laut Pontian serta menjadi pelengka bagi Laman Diraja Pontian untuk terus menjadi lokasi tumpuan bagi masyarakat tempatan serta pengunjung luar.

dssgft

Pengunjung-pengunjung juga boleh menikmati keindahan matahari terbenam serta pemandangan indah Pulau Pisang sebgai salah satu tarikan pelancongan. Dengan wujudnya taman awam ini telah memberi lebih pilihan kepada penduduk Pontian untuk menjadikannya sebagai kawasan rekreasi bersama-sama keluarga pada hujung minggu dan cuti umum.

dssgft

Taman Awam Tepi Laut ini juga mampu menarik ramai pengunjung ke bandar ini kerana ianya menawarkan pemandangan pesisiran pantai yang sangat cantik. Sementara itu, di taman ini pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan, swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh menganjurkan program di kawasan tersebut.

dssgft

Di taman ini juga disediakan laluan pejalan kaki bagi mengelakkan orang ramai memijak rumput yang mana akan menyebabkannya mudah rosak. Rumput yang sedia ada juga telah diselia dengan baik agar terus segar dan hijau bagi menambahkan lagi keindahan kawasan tersebut.

dssgft

Bagi menambahkan lagi keindahan pada waktu malam di kawasan taman ini, sistem pencahayaan dipertingkatkan selain memperbanyakkan lagi penanaman pokok sebagai penampan angin sekali gus sebagai landskap.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.