Taman Riadah Hutan Bandar Johor Bahru

Berada dalam kesibukan pusat bandar Johor Bahru, Taman Rekreasi Hutan Bander merupakan sebuah lokasi pilihan untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga mahupun dengan rakan-rakan. Hutan Bandar ini terletak lebih kurang dua kilometer dari pusat bandar raya.

dssgft

Hutan bandar yang menyediakan pelbagai kemudahan ini melipui kawasan seluas 20.23 hektar. Kedudukannya pula berada di persimpangan Jalan Tasek Utara dan Jalan Yahya Awal. Dengan dipenuhi oleh rimbunan pokok-pokok yang menghijau, ketenangan air tasik yang mendamikan, kolam mandi kanak-kanak dan kemudahan rekreasi yang menyeluruh membuatkan pengunjung tidak sabar untuk menerokai kawasan tersebut.

dssgft

Mengikut sejarah, Taman Hutan Bandar yang terbesar di Johor Bahru ini mula dibina pada tanum 1993 oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Ianya juga turut mendapat khidmat rundingan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Selain itu, sebahagian kos pembangunan taman berkenaan telah dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Secara keseluruhannya, konsep perancangan dan rekabentuk taman tersebut berteraskan struktur topografi, sumber air, flora dan fauna yang telah digabungkan sempurna dengan ruang aktiviti serta kemudahan tertentu.

dssgft

Bagaimanapun, pihak pemaju mengekalkan rupa bentuk asal dengan penebangan pokok dilakukan pada tahap paling minimum. Kaedah itu berjaya menghasilkan persekitaran hijau, pemandangan indah dan nyaman serta mempunyai nilai-nilai estetik.

dssgft

Sebahagian kemudahan yang disediakan di Taman Rekreasi Hutan Bandar, Johor Bahru di sini antaranya Laman Tembusu, Kawasan Tasik Tujuh, Laman Permainan Kanak-Kanak, Taman Orkid atau Jewel House, Laman Ekologi dan Medan Selera Atap Berlian.

dssgft

Sementara itu, taman rekreasi tersebut memberi peluang kepada orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Apa yang penting , pengunjung harus menyedari peranan mereka dalam memelihara persekitaran agar sentiasa bersih dan selesa. Para pengunjung contohnya boleh membawa makanan, tetapi jangan sampai sisa-sisa bekalan yang dibawa ditinggalkan begitu sahaja.

Taman rekreasi ini sesuai untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang menyihatkan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.