Telur Pindang Makanan Warisan Orang Johor

Telur Pindang merupakan makanan tradisi orang cina Malaysia dan telur pindang ini berasal daripada negara China. Telur pindang biasanya banyak terdapat di negeri Johor, dan beberapa kawasan lain di bahagian selatan Malaysia.

Kebiasaannya, telur pindang ini dibuat daripada telur ayam. Untuk menghasilkan telur pindang ini, telur ayam direbus secara mentah bersama-sama dengan herba-herba tertentu sehingga warna kulit telur tersebut berubah kepada warna perang gelap, manakala telur putihnya akan berubah menjadi warna perang cair. Masa merrebusnya bergantung kepada resipi yang digunakan, namun kebiasaannya ianya melibatkan masa yang panjang sehingga memakan masa berhari-hari.

dssgft

Oleh kerana rasanya yang unik dan berempah, dan proses penyediannya yang agak rumit, telur pindang ini bukanlah menu bagi makanan harian. Kebiasaannya telur ini dibuat untuk hari-hari keraian serta untuk kenduri kahwin. Telur ini akan dijadikan sebagai hadiah tradisi di kenduri kahwin orang Melayu Johor kepada tetamu. Kelebihan telur ini adalah ianya tidak mudah basi dan boleh tahan berhari-hari sehingga dua minggu lamanya.

dssgft

Tidak terdapat sejarah yang jelas bagi masakan ini. Namun, dianggap telur pindang ini dibuat pada zaman dahulu sebagai lauk bekalan bagi pedagang-pedagang serta pengembara, sesuai dengan sifatnya yang tahan lama. Masyarakat Johor silam banyak terdiri daripada pedagang serta pengembara dan pelaut, yang memerlukan makanan bekal yang tahan lama serta mudah untuk dibawa ke mana-mana. Telur pindang memenuhi ciri-ciri ini.

dssgft

Kaedah penyediaan telur ini adalah, telur ayam mentah yang sudah dibersihkan, akan direbus dengan herba-herba, rempah ratus dan daun-daun tertentu. Masa rebusan biasanya daripada 3 hari, atau sehingga seminggu. Berikut adalah beberapa herba, rempah dan jenis-kenis daun yang digunakan untuk merebus telur pindang antaranya ialah daun manggis, daun senduduk dan daun jambu batu. Herba yang digunakan pula ialah, serai, lengkuas, halia, jintan manis, jintan putih, ketumbar, buah pelaga, bunga cengkih, cili kering dan kayu manis.

dssgft

Pada hari ini, telur pindang banyak tertumpu sebagai hadiah di kenduri kahwin orang Melayu Johor.
Namun begitu, telur pindang boleh dinikmati tanpa perlu menunggu kenduri kahwin atau hari keraian di sebelah Johor. Telur pindang boleh didapati di kedai runcit, kiosk makanan di stesen petrol Petronas, dan kedai makanan orang Melayu. Lebih-lebih lagi, sekarang ada pengusaha-pengusaha telur pindang sudah berjualan secara online dan tempahan melalui internet.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.