The Sate Cartel, Sejarah Sate Muar

Berkunjung ke bandar Muar, Johor boleh dikatakan tidak lengkap jika tidak merasai hidangan popular di sana, iaitu Sate Muar. Asap sate adalah antara aroma yang pertama sekali anda dapat hidu sekiranya anda berkunjung ke Muar pada awal pagi.

dssgft

Sate adalah makanan tradisi orang Jawa di Kepulauan Jawa pada kurun ke-19 di mana kedatangan saudagar Arab dan Gujerat yang membawa sekali perdagangan rempah ratus telah memangkinkan permintaan terhadap makanan berasaskan daging di sana.

dssgft

Keterbukaan dan galakan dari kerajaan negeri Johor untuk memajukan Muar telah membawa penghijrahan orang Jawa ke Muar, hal ini berlaku pada tahun 1880. Orang Jawa terbahagi kepada dua, pertama adalah penduduk asal iaitu orang-orang Jawa yang berkhidmat dengan Kesultanan Melayu Melaka yang kemudian bermastautin di Padang, berdekatan dengan Parit Jawa.

dssgft

Manakala, golongan yang kedua adalah golongan yang berhijrah dari tanah Jawa atas sebab-sebab kepadatan penduduk mahupun melarikan diri dari serangan Belanda pada ketika itu. Walaubagaimanapun, kebanyakkan mereka masi ada pertalian saudara.

Menurut daftar penduduk Johor pada 1915, jumlah orang-orang Jawa di Muar adalah 10,000 orang berbanding keseluruhan orang Jawa di Johor yang berjumlah 15,000 orang. Malah penduduk Muar iaitu orang Melayu, Cina dan India adalah yang paling ramai di Negeri Johor yang mana berjumlah 63,368 orang dan Muar adalah wilayah paling pesat berkembang di anatara negeri-negeri lain di Tanah Melayu pada ketika itu.

dssgft

Menurut penulis buku ‘Pages From My Past’, Dato Kamaruddin Abdullah, pada era 40an, 50an dan 60an orang-orang Jawa yang menjalankan perniagaan sate dikenali sebagai’Italian Of Muar Town’ yang bermaksud orang-orang Itali di Bandar Muar. Mereka digelar sedemikian kerana nama-nama mereka bernada Itali seperti Marion, Suarno, Mantono, Karto, Santini dan lain-lain manakala nama wanita pula seperti Sarbini, Martini, Kartini dan lain-lain.

dssgft

Mereka-mereka inilah yang menjalankan perniagaan sate dan menguasai seluruh bandar. Dari jalan Abdullah sehingga ke pusat bandar telah dikuasai oleh keluarga Santano. Jalan Daud dan Jalan Temenggong Ahmad pula dikuasai oleh keluarga Karto. Dari sisi Muar barat hingga hospital Muar dikuasai oleh Suarno. Mereka berniaga di dalam kawasan yang mereka duduki sahaj dan tidak masuk ke kawasan peniaga lain.

Boleh dikatakan di setiap sudut bandar Muar, akan ada penjaja sate. Kebiasaanya banyak terdapat di depan kopitiam milik orang cina. Kopitiam ini menyediakan tempat khusus iaitu di sudut hadapan sekali kedai mereka untuk menarik pelanggan dan mereka pula akan menhidangkan roti bakar, air barli, kopi o dan air sirap yang diproses sendiri.

Menjelang petang, mereka akan menjaja sate dari rumah ke rumah. Mereka akan menggunakan sebatang kayu panjang dan akan diletakkan di atas bahu dan menggantung bakul di kedua-dua belah. Satu bakul akan dipenuhi dengan sate, bawang, timu dan nasi impit dan satu lagi adalah alat pembakar. orang Muar panggil “satay kando”

Zaman ini, tiada lagi Sate Kando ,sate kando dipercayai tidak lagi digunakan selepas tahun 70an, kebanyakkan mereka telahpun mempunyai lokasi tetap atau mempunyai restoren sendiri dan legasi itu di teruskan oleh anak cucu mereka.

Jika anda berkunjung ke Muar, Silalah menjamu sate sebagai hidangan sarapan pagi.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.