Tragedi Letupan Pesawat MAS Di Tanjung Kupang

4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan rakyat Malaysia dalam Penerbangan Malaysia (MAS) apabila salah satu pesawat miliknya terhempas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk orang kenamaan. Pesawat MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

dssgft

Rangka pesawat itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan kawasan Tanjung Kupang seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya. Peristiwa yang berlaku 40 tahun lalu itu telah meninggalkan memori hitam kepada sejarah negara apabila ia turut mengorbankan Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar di Pulau Pinang.

dssgft

Berdasarkan apa yang telah dinyatakan kepada umum, pada jam sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977 apabila pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 MH653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Singapura. Setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAB menerima makluman daripada juruterbang pesawat, Kapten G.K. Ganjoor bahawa terdapat situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan itu, kira-kira jam 7.54 malam. Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut, juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu makluman yang amat mengejutkan iaitu pesawat berkenaan dirampas oleh pihak tertentu.

dssgft

Selepas mengetahui perkara tersebut, pihak berkuasa Lapangan Terbang Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat yang dikendalikan oleh Ganjoor dan pembantunya Kamarulzaman mendarat dengan selamat. Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba ia kembali terbang tinggi meninggalkan daratan. Ianya menjadi tanda-tanya tatkala melihat tindakan aneh juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan meneruskan penerbangan ke Singapura.

Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan mengenai situasi cemas dihadapi penerbangan MH653 itu dan mendapat kelulusan untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara tersebut. Akan tetapi, secara tiba-tiba pesawat berkenaan terus hilang dari radar menara kawalan. Segala usaha yang dilakukan untuk mengadakan hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan gagal dilakukan.

dssgft

Kira-kira pukul 8.15 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang dan tujuh krew penerbangan dilaporkan telah terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor. Daripada laporan itu telah membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam 10.00 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas penerbangan terbabit.

dssgft

Gerakan mencari dan menyelamat segera dan pihak terbabit melaporkan bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada seorang pun yang terselamat daripada tragedi itu. Lebih menyeramkan lagi, pasukan penyelamat mendapati bukan saja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah jasad semua mereka juga hancur berkecai malah yang ditemui sekadar cebisan daging mangsa sahaja. Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak pesawat dan hari itu, satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik dan dahsyat dicatat dalam sejarah hitam negara.

dssgft

Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn turut kehilangan seorang anak saudaranya, Onn Jaafar, yang menaiki pesawat MH653, mayat-mayat mangsa kemalangan MH653 dikebumikan bersama di satu kawasan khas yang disediakan oleh kerajaan negeri di Jalan Kebun Teh, Johor Bharu setelah persetujuan ketua-ketua pelbagai agama.

dssgft

Dua hari selepas kejadian, selain berbeg-beg cebisan daging mayat yang mereput, hanya 10 tangan yang berjaya dikumpulkan. Langsung tidak ditemukan sebarang tengkorak di kawasan tragedi. Tangan milik seorang pramugari MAS yang bertugas dalam pesawat MH653, Sharifah Sidah Syed Alsagoff dikenal pasti oleh ahli keluarga mangsa kerana di jarinya masih tersarung cincin.

Terdapat pelbagai teori rampasan telah dibuat antaranya, rampasan dikatakan didalangi gerila Tentera Merah Jepun (JRA). Rampasan turut dikaitkan dengan anggota militan Vietnam kerana sebelum itu Singapura telah menahan tiga orang anggota militan Vietnam yang merampas pesawat DC3 Air Vietnam.

Rampasan oleh pemberontak Cuba yang yang merancang khianat terhadap duta Mario Garcia dan duta-duta Cuba yang lain di seluruh dunia dan terdapat spekulasi yang mengatakan kedua-dua juruterbang MH653 ditembak mati sebelum pesawat terhempas.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.