Ada Usaha Untuk Memecah-belahkan Perpaduan Bangsa Johor?

Selepas kami membuat kajian, dalam draf kami majoriti yang mahukan DYAM Tunku Mahkota Johor meninggalkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah penyokong dari luar negeri Johor dan bukan orang Johor.

Ini sama dengan jangkaan kami dan juga analisis yang kami lakukan sebelum ini, iaitu untuk menghentikan dominasi JDT dalam liga tempatan adalah mereka perlu memecahbelahkan antara penyokong dan barisan pengurusan JDT. Ini mereka lakukan dengan harapan yang DYAM Tunku Mahkota Johor akan meninggalkan kelab.

Ini juga disebabkan kerana mereka tahu potensi bagaimana JDT boleh berkembang dengan pengaruh yang ada pada baginda. Jadi, mereka sedar selagi baginda berada di dalam kelab JDT, agak sukar untuk mereka berjaya. Dalam bola sepak dan juga dalam politik.

Agenda mereka akan lebih mudah apabila Bangsa Johor berpecah belah. Buat masa ni maklumat yang kami terima iaitu ramai yang menyamar sebagai penyokong JDT atau rakyat Johor untuk melagakan bangsa Johor.

Kami berharap daripada kajian ini, rakyat Johor jangan mudah termakan umpan apabila terdapat orang luar yang sengaja ingin melaga-lagakan antara DYAM Tunku Mahkota Johor, penyokong, rakyat Johor dan juga Kelab Bolasepak JDT.

Sumber JOHOR Southern Tigers

bangsa johor

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.