Antara Kelebihan Buat Anak Negeri Johor, Bertuahnya Menjadi Bangsa Johor

BERTUAHNYA menjadi anak Johor kerana pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri yang meletakkan kehendak, keperluan dan hasrat Bangsa Johor sebagai keutamaan.

Dibawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled berikrar membawa negeri ini kepada satu pembangunan bersifat inklusif dengan pentadbiran kerajaan yang meletakkan keperluan dan hasrat rakyat sebagai keutamaan.

Menerusi Pelan Suara Hati Johor menggariskan tujuh fokus utama iaitu meningkatkan tahap keselamatan; menyediakan perumahan mampu milik; menangani kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat; menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur yang mencukupi; memartabatkan agama Islam; menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap serta meningkatkan tahap ekonomi dan pembangunan usahawan.

“Kerajaan negeri di bawah BN, kita nak jadikan Johor ini negeri yang paling sejahtera untuk semua. Kita ingin tegaskan iaitu apa pun bentuk dan tahap pembangunan dan kemajuan yang ingin kita capai ia mesti berpaksikan kepada rakyat,” katanya.

Manfaat inisiatif kerajaan bermanfaat kepada keseluruhan peringkat umur, bangsa dan agama, dari seusia sehari hingga golongan warga emas dan mereka yang berkeperluan OKU.

Manfaat untuk anak Johor:

1) 0-6 Tahun (Bayi & Kanak kanak)

  • Pembukaan Akaun SSPN-i
  • Program Iqra & Fardu Ain
  • Program Pintar Al-Quran
  • Bantuan Pesakit Jantung IJN

2) 7-17 Tahun (Pelajar Sekolah)

  • Skim Pinjaman Kitab
  • Skim Bantuan Zakat
  • Bantuan Kanak-Kanak
  • Program Penguasaan Bahasa Inggeris (YPJ)
  • Program Keusahawanan BISTARI JCorp
  • Tuisyen E-Learning YPJ
  • Tuisyen SPM YPJ
  • Projek Tuisyen Yayasan JCorp
  • Biasiswa Kenangan Dato’ Onn
  • JCorp Education Sponsorship Programme
  • Perkhidmatan Bas Muafakat Johor
  • Bantuan Pesakit Jantung IJN

3) 18-30 Tahun (Belia)

  • Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPTA
  • Pinjaman Pelajaran YPJ
  • Pemansuhan Kos Perkhidmatan 4%
  • Skim Bantuan Zakat (Pelajar IPTA)
  • Tabung Latihan Kemahiran Johor
  • Tabung Pendidikan Sarjana PDT
  • Biasiswa Sultan Ibrahim
  • Biasiswa Atlet Sukan Johor
  • JCorp Chartered Accountancy Programme
  • Skim Pinjaman Pelajar Cemerlang
  • Program Insentif Bio Johor
  • Program Johor Bio-Talent
  • Program Rumah Transit Belia Johor
  • Perkhidmatan Bas Muafakat Johor
  • Bantuan Usahawan Belia
  • Bantuan Mengembangkan Perniagaan Usahawan Belia
  • Bantuan My Home Shop
  • Bantuan Kursus Kewangan & Rancangan Perniagaan
  • Program Usahawan Foodtruck MAINJ
  • Skim Bantuan Bulanan Mualaf
  • Bantuan Pesakit Jantung IJN

4) 30-59 Tahun (Dewasa)

  • Bantuan Usahawan Beli
  • Bantuan Mengembangkan Perniagaan
  • Bantuan My Home Shop
  • Bantuan Kursus Kewangan
  • Program Usahawan Foodtruck MAINJ
  • Program Keusahawanan di bawah EDC Johor
  • Program Galakan Usahawan
  • Tabung Pinjaman Usahawan Mualaf
  • Insentif Khas bagi Usahawan yang menyertai pasaran portal e-dagang Halalmartz
  • Bantuan Memperoleh Pensijilan Halal
  • Program Bantuan Peralatan Perniagaan
  • Bantuan Nelayan Selatan Johor
  • Bantuan Pesakit Jantung IJN
  • Bantuan Pesakit Dialisis Fistula
  • Bantuan Rawatan Hemodialisis melalui MAINJ PIJ JCorp
  • Tabung Latihan Kemahiran Penjawat Awam Johor
  • Skim Perlindungan Takaful
  • Skim Bantuan Bulanan Mualaf
  • Perkhidmatan Bas Muafakat Johor
  • Kad Diskaun 3% Kad Harga Patut Muafakat Johor
  • Skim Jauhar Prihatin
  • Rumah Mampu Milik Johor

5) 60 Tahun Ke Atas (Warga Emas)

  • Pusat Aktiviti Warga Emas
  • Bantuan Orang Tua JKM
  • Program Khidmat Bantu di Rumah
  • Kad Muafakat Johor Percuma
  • Kad Diskaun 3 % Kedai Harga Patut Muafakat Johor
  • Bantuan Fistula Pesakit Dialisis
  • Bantuan Rawatan Hemodialisis MAINJ PIJ JCorp
  • Bantuan Pesakit Jantung IJN
  • Skim Perlindungan Takaful
  • Skim Bantuan Bulanan Mualaf

Sumber Sinar Harian 3 Mei 2018

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.