Asal Usul Kampung Makam, Johor

Kampung Makan yang terletak di pesisiran Sungai Johor dan hanya mengambil masa 10 minit untuk ke bandar Kota Tinggi sudah pun berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara kampung yang tertua di daerah tersebut. Petempatan di kampung berkenaan dikatakan telah wujud sejak tahun 1900 lagi ianya juga terkenal dengan sejarah Kesultanan Johor dan kisah dalam sejarah Melayu.

dssgft

Kini, Kampung Makam menjadi tumpuan pelancong terutama Kompleks Makam Sultan Mahmud yang dijaga dengan rapi dan terletak bersebelahan dengan Masjid Al-Hadi. Menurut keua Kampung Makam, Mohamad Samin Jaji nama kampung tersebut diambil berikutan terdapat banyak makam di petempatan tersebut.

Antara makan yang terdapat di perkampungan tersebut ialah, Makam Bendahara Tun Habab (Habib), Makam Tauhid dan Makam Dagang. Menurut Mohamad Samin, sejarah berkaitan kampung ini sudah tidak asing lagi terutama berkaitan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang dikatakan telah menyebabkan kematian Dang Anum, isteri kepada Megat Seri Rama atau Laksamana Bentan yang makan nangka milik sultan.

dssgft

Menurut Mohamad Samin lagi, mengikut cerita sejarah, ekoran dari kejadian tersebut sultan telah menyumpah tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kai ke Kota Tinggi berikutab tindakan laksamana yang telah membalas dendam untuk isterinya dengan menikam sutan.

Kata Mohamad Samin, jika sumpah itu dilanggar, keturunan laksamana akan muntah darah. Itulah cerita yang kami dengar sewaktu kecil dahulu namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.

dssgft

Tetapi, dari segi logik akal siapa sahaja yang melalui jalan laut dalam tempoh yang lama, mereka pasti akan mabuk dan muntah. Bagaimanapun, cerita sejarah itu masih dipegang sehingga hari ini malah filem Sultan Mahmud mangkat dijulang menjadi terkenal dan tidak asing dalam kalangan masyarakat.

Terdapat sebuah sungai iaitu Sungai Pemandi yang dikatakan menjadi tempat sultan bersiram di Kampung Makam, suatu masa dahulu. Mohamad Samin berkata, dahulu sumber pendapatan utama penduduk di kampung tersebut adalah sebagai nelayan. Kini, seiring pembangunan kebanyakan penduduk bekerja di sektor kerajaan dan swasta selain ada yang menjalankan perniagaan.

dssgft

Bagaimanapun, masih ada lagi penduduk yang ke laut untuk menangkap ikan namun kebanyakan mereka menjadikan aktiviti tersebut sebagai hobi. Beliau berkata, sekitar tahun 1900 kampung tersebut dipenuhi ladang getah sebelum dibangunkan dengan kawasan petempatan. Seterusnya, penduduk mula menerima kemudahan asas seperti jalan yang diturap pada 1970.

Tambahnya, kini penduduk dapat menikmati pelbagai kemudahan asas dan tidak ketinggalan daripada menerima pelbagai limpahan pembangunan. Menurutnya, antara kemudahan yang ada seperti dewan, masjid dan tadika. Terbaharu, kampung ini menerima sebuah jeti terapung untuk kegunaan nelayan.

Mohamad Samin berkata, Kampung Makam sudah layak menjadi kampung warisan. Beliau percaya kampung tersebut akan terus menjadi tumpuan pelancong dan pencinta sejarah terutama melalui program transformasi kampung yang bakal dibangunkan di kawasan tersebut.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.