Bangunan Sultan Ibrahim, Bangunan Tertinggi Di Malaya Sebelum Merdeka

Bangunan Sultan Ibrahim yang tersergam indah di Bukit Timbalan, Johor Bahru merupakan bangunan tertinggi di Malaya ketika zaman sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Bangunan ini dibina di atas titah Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar bertujuan dijadikan sebagai pusat pentadbiran kerajaan negeri dan pada masa itu, ia dinamakan sebagai Bangunan Pejabat Kerajaan Johor (State Secretariat Building).

Pelan Bangunan Sultan Ibrahim telah direka oleh firma seni bina terkenal British iaitu Palmer dan Turner pada tahun 1937.

Istiadat meletak batu asas iaitu upacara pecah tanah disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor ketika itu, Tunku Ismail pada November 1938 dan bangunan setinggi 11 tingkat itu siap sepenuhnya pada tahun 1942 dengan reka bentuk bangunan dihasilkan dari gabungan seni bina Melayu Johor, Islam dan Kolonial.

Semasa meletak batu asas bangunan itu, Tunku Ismail turut menanam azimat “time capsule” dan antara kandungan yang dimuatkan ialah Buku Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, mata wang kerajaan, bendera Johor, bendera Sultan dan salinan treati Johor.

Bangunan Sultan Ibrahim dikatakan sebagai lambang keagungan Johor yang pada ketika itu sedang membangun dan makmur sejahtera.

Sumber Royal Press Office – The Royal Johor

bsi bsi 1 bsi 2 bsi 4

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.