Bayi Maut Ditimpa Dinding Rumah Akibat Rempuhan Kereta

satu program percuma khas oleh orangjohor.com

Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dilaporkan maut akibat kecederaan serius di kepalanya akibat ditimpa runtuhan dinding rumahnya yang dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Mesra 2, Kampung Pasir Putih dekat Pasir Gudang, Johor Bahru.

Nurul Ain Farisha Md. Zainuddin berusia tujuh bulan dilaporkan sedang berbering di ruang tamu rumahnya pada kejadian tersebut berlaku. Tiada siapa menyangka akan malang yang menimpa bayi sekecil itu apabila sebuah kereta yang dipandu seorang wanita yang dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kediaman mereka.

Akibat daripada rempuhan kuat tersebut dinding rumah tersebut runtuh lalu serpihan runtuhan tersebut menimpa kepala bayi Farisha dan badannya. Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini kira-kira sejam selepas kejadian tersebut dan disahkan telah meninggal dunia.

dssgft

Menceritakan kembali detik mendukacitakan itu, ibu kepada Nurul Ain Farisha berkata, kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata sahaja. Apa yang mampu dilakukan oleh beliau pada ketika itu hanyalah menahan sisa runtuhan tersebut dari menggunakan tangannya dari terus menimpa anaknya.

Beliau berkata semasa kejadian tersebut, beliau berada di pintu hadapan rumahnya kerana menghantar suaminya yang ingin berangkat ke tempat kerja, beliau sempat melihat sebuah Hyundai Matrix dengan perlahan memasuki kawasan rumah mereka sebelum secara tiba-tiba kenderaan pelbagai guna (MPV) itu terus meluru masuk ke dalam kawasan rumahnya dan melanggar motosikal bapa mangsa serta dinding rumah itu.

Menurut beliau kebiasaannya bayi beliau sudah bangun dari tidur ketika bapanya sedang bersiap keluar berkerja namun, pada pagi kejadian tersebut bayinya tidur lebih lama berbanding biasa. Katanya, sikit sahaja lagi beliau hampir menyelamatkan bayinya dan kalaulah beliau tahu akan malang yang bakal menimpa ini, pasti beliau akan mendukung anaknnya sepeerti biasa sambil menyiapkan sarapan.

Beliau juga berkata, sebelum ini bayinya belum pandai untuk melambai tangan namun, malam sebelum kejadian tersebut anaknya melambai tangan sebanyak tiga kali kepada ayahnya sebelum masuk tidur selain tidak meragam sepanjang malam tersebut.

dssgft

Menurutnya beliau sempat melihat Nurul Ain Farisha dalam keadaan berdarah dibahagian hidung tetapi matanya celik ketika dalam dakapan lelaki Pakistan, yang juga jirannya, semasa dibawa ke klinik.

Sementara itu, lelaki Pakistan berkenaan, Rahmanullah Syerzada, 23, berkata selepas mendengar dentuman yang kuat dari rumah keluarga mangsa, beliau terus berlari masuk ke ruang tamu rumah berkenaan dan melihat serpihan batu dinding dan jeriji tingkap sudah pun menghempap bayi itu.

Buruh binaan itu berkata beliau segera mendukung Nurul Ain Farisha sambil berjalan ke dua klinik kira-kira 200 meter dari rumah mereka, namun kedua-dua klinik itu tutup sebelum bayi itu kemudian dihantar ke hospital berdekatan oleh bapanya, Md Zainuddin Razmi, 31. Bayi itu dibawa ke Hospital Sultan Ismail oleh bapanya dan disahkan meninggal dunia kira-kira 9.45 pagi sejam selepas kejadian tersebut

dssgft

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Supt Dzulkhairi Mukhtar berkata siasatan awal mendapati pemandu wanita kereta Hyundai Matrix itu dipercayai tertekan padel minyak sistem automatik yang menyebabkan kereta yang itu dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh rumah mangsa.

Wanita berumur 40 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.