Desaru Destinasi Perlancongan Bertaraf Antarabangsa

Pantai Desaru atau juga dikenali sebagai Tanah Casuarina merupakan salah satu tempat menarik di Kota Tinggi, Johor juga tersenarai antara pantai yang tercantik di Malaysia. Merupakan destinasi perlancongan yang sangat popular dengan pasir pantainya yang putih bersih dan menpunyai daya tarikan yang tersendiri.

dssgft

Pantai peranginan yang dikatakan paling popupar yang terletak di Kota Tinggi, Johor ini pasti memberi ketenangan kepada pengunjung yang bercuti dan berkelah di sini. Terdapat banyak aktiviti sukan air yang dapat dilakukan. Selain itu, di sini, anda boleh menikmati aktiviti seperti memancing, berperahu, renang, kembara denai serta aktiviti luar lain yang menyeronokkan. Peluang untuk berehat, sambil mendengar deruan ombak dan menikmati tiupan angin.

dssgft

Bagi yang pernah berkunjung di sini pasti akan kembali dan bersetuju bahawa pemandangan pasirnya yang putih merupakan daya tarikan utama yang terdapat di Pantai Desaru. Dibarisi pepohon rhu sepanjang 25 kilometer, dapat memberi ketenangan dan rasa nyaman serta menambahkan lagi aura percutian di tepi pantai.

dssgft

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca setia orangjohor.com, selain memiliki pantai yang cantik Desaru juga mempunyai tarikkan yang lainnya seperti Muzium Perkampungan Nelayan di Tanjung Balau, Desaru Fruit Farm, dan melihat kunang-kunang di Sungai Lebam. Usah risau mengenai penginapan, kerana pilihan penginapan di sini sangat banyak berbanding pantai peranginan lain di Johor. Antara penginapan resort yang popular di sini ialah Lotus Desaru Beach Resort, Pulau Desaru Beach Resort & Spa, Desaru Golden Beach Hotel dan lain-lain lagi.

dssgft

Untuk berkunjung ke Desaru anda boleh menggunakan jalan utama Johor Bahru–Kota Tinggi (45 km). Dari kota Mersing, melalui jalan utama Mersing–Kota Tinggi. Dari North-South Expressway, keluar di interchange Pasir Gudang (Exit 256). 57 kilometer menuju Desaru dari Kota Tinggi.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.