Hikayat Malim Deman

Hikayat Malim Deman merupakan salah satu daripada kesasteraan bahasa Melayu yang ditulis pada masa dahulu yang mana pengarangnya tidak diketahui. Ianya adalah antara yang masih terselamat sehingga hari ini. Hikayat ini mengisahkan latar keluarga watak utama iaitu Malim Deman, putera Raja Malim Dewa yang memerintahkan di Bandar Muar. Bonda Malim Deman ialah Tuan Puteri Lindungan Bulan.

Malim Deman mempelajari ilmu dunia dan akhirat sehingga ia menjadi seorang yang perkasa dan bijak dalam semua hal.
Dalam kajian kesusteraan, hikayat ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu sebelum pengembaraan, semasa pengembaraan dan selepas pengembaraan.

Kemudian diceritakan Malim Deman bermimpi bertemu dengan seorang tua, berpakaian serba putih, berjanggut panjang dan menyuruh Malim Deman pergi ke hulu sungai Muar kerana di sana ia akan bartemu dengan bakal isterinya. Setelah mendapat mimpi demikian, Malim Deman pun memohon keizinan daripada kedua ayahanda dan bondanya untuk keluar mengembara.

dssgft

Semasa mengembara, Malim Deman diiringi oleh Bujang Selamat dan anjing buruannya. Walaubagaimanapun,mereka semua telah mati kerana tidak tahan menderita mengharungi hutan belantara yang tebal, onak duri yang menyakitkan, menghadapi kekurangan bahan-bahan makanan dan berpanas dan berhujan.

Hanya Malim Deman sahaja yang berjaya sampai ke taman Nenek Kebayan, tempat Tuan Puteri dari kayangan turun mandi dan bermain. Bagi mendapatkan Puteri Bongsu, Malim Deman menyamar sebagai pengail dan berjaya mencuri baju layang tuan puteri. Puteri Bongsu tidak boleh pulang semula ke kayangan kerana baju layangnya hilang. Dengan pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman dikahwinkan dengan Puteri Bongsu dan mereka pun pulang ke Bandar Muar.

dssgft

Malim Deman terpaksa membuat pengembaraan kali yang kedua bagi memujuk isterinya dan puteranya yang membawa diri ke kayangan kerana kecewa dengan perbuatan Malim Deman yang melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Malim Deman asyik berjudi, menyabung ayam dan bermersa dengan Si Kembang Cinadan telah menyebabkan Puteri Bongsu merajuk hati.

Puteri Bongsu berjaya mendapatkan kembali baju layangnya dan bersama dengan puteranya ia kembali ke pangkuan ayahanda bondanya di Negeri Kayangan. Malim Deman telah merantau untuk mencari cara bagaimana untuk ke kayangan. Dan dengan pertolongan Puteri Terus Mata, Malim Deman berjaya meminjam borak milik anak raja jin itu untuk terbang ke kayangan. Di kayangan Malim Deman terpaksa menyamar dan kemudiannya bertarung beradu kekuatan dan kesaktian dengan Mambang Molek, tunang Puteri Bongsu dalam satu sayembara yang diadakan.

dssgft

Malim Deman akhirnya berjaya memujuk Puteri Bogsu untuk kembali dan membawa pulang semula isteri dan puteranya ke istana. Sebelum itu, Malim Deman berkahwin dengan Tuan Puteri Terus Mata. Malim Deman membawa isteri-isteri dan puteranya kembali ke istana. Mereka hidup aman dan berbahagia serta mempunyai kerajaan yang besar.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.